Air Tinggi Dikawasan Perkampungan Kemboja
Ribut tropika Nangka dengan kelajuan angin hingga 100 kilometer sejam membawa hujan lebat hingga 400 milimeter di beberapa bahagian utara dan tengah Vietnam dari esok hingga Jumaat, menurut agensi cuaca.
Banjir berterusan itu meragut sekurang-kurangnya 28 orang di Vietnam dan 11 di Kemboja, di mana hampir 25,000 rumah dan 83,027 hektar tanaman rosak, menurut media tempatan.
Sejak hujan lebat melanda Kemboja, kawasan seluas 240,000 hektar ditenggelami air termasuk di ibu negara, Phnom Penh.
22 Oktober 2020, Kampong Thom tidak terkecuali mengalami bencana ini, Antaranya Kampung Chook Khsek yang terletak kira-kira 4 kilometer jaraknya dengan Kampung Trabengchuk yang menempatkan segala aktiviti Sekolah Vokasional Al-I’tisam. Namun Kampung Trabengchuk masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga jika hujan berterusan tanpa henti ianya berkemungkinan turut akan dinaiki air.
Kawasan Kampung Chook Khsek yang terlibat ketika ini di Sekolah Rendah Chook Khsek, serta beberapa kawasan penempatan penduduk di kampung berkenaan. Keadaan ini menyebabkan hasil pertanian dan penternakan banyak yang musnah. Penduduk Kampung juga tidak dapat keluar rumah bagi menjalankan aktiviti ekonomi mereka.
Pihak Al-I’tisam Malaysia turut bersimpati dengan kedaan yang berlaku dan berharap keadaan kembali pulih seperti biasa memandangkan aktiviti ekonomi perlu aktif Kembali.