AL-ITISAM FOODBANK

AL-I’TISAM FOODBANK

“Dalam Rezeki Kita, Pasti Ada Rezeki Orang Lain”

Al-I’tisam menubuhkan FoodBank untuk mengumpul makanan melalui derma orang ramai, menyimpan dan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Al-I’tisam FoodBank juga akan menyediakan stok bantuan makanan yang cukup untuk misi-misi bantuan kecemasan seperti bencana alam.

BAGAIMANA CARA FOODBANK MENGUMPUL MAKANAN?

Al-I’tisam FoodBank mengumpul makanan melalui derma orang ramai dengan cara berikut:

Kempen Derma Makanan (Food Donation Drive)

Iaitu sukarelawan kami membuat kempen derma makanan di pasaraya terpilih dengan mengedarkan flyers dan menerima sumbangan makanan terus dari pengunjung pasaraya yang menderma.

Peti Sumbangan Makanan (Food Donation Box)

DONATION BOX

Sebuah peti khas telah ditempatkan di hadapan premis Al-I’tisam bagi membolehkan orang ramai menyumbang makanan dengan hanya meletakkan barang sumbangan mereka ke dalam peti tersebut. Dengan adanya peti ini, orang ramai boleh menyumbang bila-bila masa sahaja.

Sumbangan Tunai

Al-I’tisam juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk tunai khususnya untuk projek FoodBank ini. Melalui sumbangan tunai sebenarnya Al-I’tisam mampu membeli lebih banyak barang makanan kerana Al-I’tisam akan membelinya hanya dari pasaraya atau terus dari pengeluar makanan dengan harga borong. Apabila dibeli dengan harga borong, pihak pasaraya atau pengeluar makanan akan memberi harga diskaun dan dengan diskaun itu lebih banyak makanan boleh dibeli, oleh itu lebih ramai asnaf dapat dibantu.

BAGAIMANA PROSES AGIHAN DILAKSANAKAN?

 Yang pertama, mereka yang kecemasan boleh datang dan ambil sendiri bantuan makanan di premis Al-I’tisam. Ini khususnya mereka yang tinggal di Shah Alam dan sekitarnya.

Kedua, pegawai Al-I’tisam atau sukarelawannya akan menghantar bantuan makanan terus kepada mereka yang memerlukannya. Ini khusus bagi mereka yang tinggal jauh dari premis Al-I’tisam atau tidak mampu datang sendiri serta menghadapi keperluan yang mendesak.

Ketiga, Al-I’tisam juga mengagihkan bantuan makanan secara berkelompok iaitu dengan kerjasama Masjid atau Surau, badan kebajikan atau NGO tempatan.

Keempat, bantuan makanan juga dilaksanakan di kawasan yang ditimpa musibah seperti banjir besar. Setiap tahun, Al-I’tisam sentiasa melaksanakan misi bantuan kecemasan ke tempat-tempat yang sering dilanda banjir besar seperti Kelantan dan Johor.

WhatsApp Image 2020-08-18 at 11.23.52 AM

KESELAMATAN MAKANAN

Al-I’tisam sentiasa memastikan operarsi FoodBank adalah mengikut ketetapan dan peraturan undang-undang berkaitan, antaranya Akta Makanan 1983 dan Garis Panduan Keselamatan Gudang Makanan seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan serta mana-mana akta Kerajaan Malaysia atau Enakmen / undang-undang / peraturan berkaitan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

MENGAPA ANDA PERLU MENYOKONG FOODBANK?

Konsep “foodbank” ini sudah lama dilaksanakan di negara-negara maju, malah negara-negara jiran kita seperti Indonesia dan Singapura juga sudah lebih kehadapan dengan “foodbank” mereka.

Malah konsep “foodbank” ini juga telah lama dilaksanakan di dalam sejarah Islam, contohnya kisah Saidina Umar Ibn Al-Khatab r.a pernah membantu seorang wanita miskin dengan baginda sendiri mengendung seguni gandum dari Baitulmal dan sampaikan terus kepada wanita tersebut.

Juga terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-Hadith yang memerintahkan kita memberi makan kepada mereka yang memerlukan.

Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

(Surah Al-Insan: 8-9)

Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! terbarkan salam, berilah makan, solatlah ketika manusia tidur maka kamu akan masuk syurga dengan kesejahteraan.” (HR Al-Tirmidzi, sahih)

Namun foodbank bukan pula satu perkara yang baharu dalam negara kita sendiri, ianya sudah lama diperkenalkan namun jumlahnya tidak mencukupi. Keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil telah menyebabkan negara kita mendapat tempiasnya. Ini memberikan kesan secara langsung khususnya kepada golongan B40. Begitu pula ramai yang “tiba-tiba” mejadi miskin disebabkan faktor ekonomi jatuh, sakit dan wabak penyakit.

Menyedari itu, Al-I’tisam telah menubuhkan foodbank pada Oktober 2018 yang lalu. Sejak penubuhannya, lebih 2 ribu keluarga telah dibantu. Sepanjang PKP sahaja, Al-I’tisam telah dapat membantu 1,200 keluarga dengan isi rumah lebih 6,000 orang.

Kesinambungan Al-I’tisam Foodbank sangat bergantung dengan sumbangan orang ramai.

DERMALAH WALAU SEBUNGKUS GARAM

Kami mengalu-alukan derma dalam bentuk makanan atau pun tunai dan Kami juga mengalu-alukan syarikat pengeluar makanan atau pasaraya untuk mejadi penaja rasmi Al-I’tisam Foodbank untuk jangka panjang dan pendek.

Get Access Now!
OFFER ENDING SOON
Save 50%
Personal Trainer
FREE Nutrition
Custom Workout App
Get Access Now!
Get Access Now! & Save 50%
Personal Trainer FREE Nutrition Custom Workout App
Get Access Now!