Bakeri Malaysia ada di Yaman ?
Setiap roti yang dihasilkan oleh Bakeri Al-I’tisam ini akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat .
Istimewanya roti ini ialah kerana ia dipanggang dalam oven kayu tradisional dan lebih dasyat lagi pekerja kami terpaksa bekerja di bawah suhu cuaca 40 -45 celsius.Masha-Allah.Kasihan mereka.
Demi ummah yang sengsara kelaparan tuan puan. Alhamdulillah dipendekkan cerita bakeri kami telah menerima sumbangan untuk menaikkan semula ceria pekerja – pekerja agar mereka tidak lagi kepanasan. Jazakallah kheir !
Selain itu, Roti ataupun Khubz merupakan makanan yang popular di masyarakat timur tengah. Adapun jenis roti yang terdapat di daerah Zabid mempunyai sedikit persamaan dengan Roti Perancis atau dikenali sebagai Baguette. Roti yang berbentuk lonjong ini juga dipanggil dalam Bahasa Arab ialah ‘ROTI’ sama dalam sebutan Bahasa Melayunya ,menarik bukan ?
Cumanya dari segi saiz ianya lebih kecil sedikit berbanding dengan Roti Perancis.
Rata-rata, panjang roti adalah 16 -18 cm dengan lebar 1-2 cm. Ciri khas lain yang terdapat pada roti ini dibahagian luar yang garing dan berkerak keemasan.
Yang menariknya keenakkannya sama seperti ala-ala dalam lagu Gardenia ‘Lebih enak makan begitu saja’.
Bakeri Malaysia ada di Yaman ?
Bagi Al-Itisam , ini ialah satu kebanggaan kerana ianya satu-satu Bakeri di Yaman.Di samping itu, Bakeri Malaysia ini diuruskan oleh sukarelawan kami dari penduduk tempatan di sana.Untuk Infaq roti percuma ini tidak memerlukan modal yang banyak cuma perlukan RM 10 dan anda mampu menolong 10 buah keluarga yang KELAPARAN.
Nilai roti ini bagi mereka sangat besar berbanding kita berikan mereka sebuah kereta mercedes. kepuasannya sama tahap dan sama level.
In-Sya-Allah , Jom kita sama-sama bantu bakeri Al-I’tisam.
p/s : Sejak kebelakangan ini ramai betul yang mengadu depan bakeri kami katanya mereka lapar dan terputus rezeki. Perang dan Covid antara asbabnya.
:: Pautan Sedekah ::
https://alitisam.com/donations/bakery-yemen/
#alitisamyemen #alitisambakeri #selamatkanyaman #saveyemen