fbpx

CAMBODIA CARE AL-I’TISAM-PENGENALAN

PROJEK PEMBANGUNAN MODAL INSAN (SEKOLAH VOKASIONAL) TAHUKAH ANDA?

  • Projek utama Al-I’tisam di Kemboja di bawah program Cambodia Care adalah program Pembangunan Modal Insan.
  • Program Pembangunan Modal Insan ini memfokuskan kepada kaum muslim terutamanya anak-anak remaja Kemboja.
  • Projek ini membina bangunan Sekolah Vokasional yang akan menyediakan pendidikan kemahiran.
  • Proses pertama perlaksanaan projek pembangunan modal insan ini telah selesai membeli tanah berukuran 49M (L) x 63M(P) pada bukan Januari 2019. Bentuk jenis tanah yang dibeli adalah tanah sawah dan dihadapannya terdapat tali air (Parit).
  • Anggaran kos bagi pembinaan sekolah vokasional ini RM500K. Tertakluk pada harga bahan mentah kerana nilai matawang di Kemboja menggunakan nilai dollar dan ada kemungkinan kos akan bertambah.
  • Dicadangkan pembinaan sekolah vokasional ini dengan tiga blok. Satu tingkat dan dua tingkat. Blok bertingkat akan menyediakan kemudahan hospitaliti (Penginapan) selain lengkap dengan pejabat urusan sekolah dan Al-I’tisam.
  • Sebanyak tiga fasa peringkat perlaksanaan bagi pembinaan bangnan sekolah vokasional ini.
    • Fasa 1: Jambatan utama
    • Fasa 2    -Tambak Tanah,Pembinaan Bangunan (Blok A), 2 tingkat.
    • Fasa 3    -Pembinaan Bangunan (Blok A&B) dan lain-lain.
  • Bentuk bangunan sekolah vokasional di Kemboja ini berasaskan sekolah-sekolah di Malaysia.
  • Sistem pembelajaran sekolah vokasional Kemboja ini berkonsepkan silibus sekolah-sekolah vokasional di Malaysia secara asasnya. Selain mengikut tahap kemampuan pemikiran anak-anak Kemboja. Memastikan juga silibus pembelajaran mudah difahami dan tidak membebankan mereka.
  • Bahasa utama yang ditekankan dalam sekolah vokasional Kemboja ini adalah bahasa Melayu.
  • Tenaga pengajar diberi peluang kepada anak-anak tempatan itu sendiri yang memahami bahasa Melayu serta mempunyai kemahiran vokasional dari kursus anjuran Al-I’tisam.
  • Al-I’tisam amat menekankan kepada projek pembangunan diri dan ekonomi. Projek ini dinamakan “JORAN”iaitu jangka masa panjang. Penubuhan sekolah ini penting bagi melihat muslim Kemboja maju seiring dengan arus pembangunan dunia. Objektif;

    1. Mengurangkan kadar kemiskinan
    2. Mendidik masyarakat Kemboja untuk berdikari
    3. Memberi peluang pekerjaan
    4. Meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Kemboja
    5. Memberi pendidikan kemahiran

PERTAMA KALI DI KEMBOJA

Sekolah Vokasional di Kemboja ini akan menyediakan latihan kemahiran yang tidak pernah wujud lagi di Kemboja terutamanya untuk muslim antaranya;

  1. Penghasilan produk makanan halal muslim Kemboja seperti mee segera, roti, biskut,sos cili,kicap,air jus,biskut dan lain-lain.
  2. Kraftangan muslim Kemboja
  3. Pertanian & penternakan strategik
  4. Kulinari
  5. Hospitaliti dan Pelancongan
  6. Pemasaran perniagaan

PERGERAKKAN AKTIVITI SEKOLAH VOKASIONAL BANGUNAN BELUM TERBINA TAPI AKTIVITI DAH TERLAKSANA

Mengukuhkan lagi projek pembinaan sekolah vokasional ini, terdapat permintaan yang ramai dari penduduk tempatan. Aktiviti sekolah vokasional ini berjaya melahirkan masyarakat kampung yang mampu mencari pendapatan sendiri. Mereka telah menjadi usahawan kecil-kecilan dan pendedahan tentang latihan kemahiran amat menggalakkan dari hari ke hari.

APA AKTIVITI?

Kira-kira lima tahun yang lalu aktiviti ini rancak dijalankan dalam keadaan serba kekurangan terutamanya berkaitan dengan tempat belajar dan penyertaan. Ruang yang terhad membataskan penyertaan lebih ramai.

BENGKEL JAHITAN

Kursus                                       :           Bengkel Jahitan

Lokasi                                        :           Kg.Speu (Menyewa sebuah rumah warga emas)

Bil.Mesin Jahit                         :           4 Unit (Mesin jahit biasa), 1 Unit (Mesin Jahit tepi)

Jumlah Pelajar                        :           8 orang

Jenis latihan Jahitan             :           Baju jubah lelaki & perempuan,Baju Melayu & Seluar, Tudung

                                                                                dan Baju kurung pesak.

Tenaga Pengajar                     :           1 orang (Anak tempatan)

Tempoh Kursus                      :           6 bulan

Tahun penubuhan Bengkel :           2019

Jumlah pelajar                       :           20 pelajar (4 Kumpulan)

Pecapaian Pelajar                  :           Baik

(Ada diantara mereka telah pun berjaya mengambil tempahan baju secara kecil-kecilan di kampung dan telah menjual baju yang dijahit ke lain-lain daerah menaiki remmork atau gerabak motor.

Jumlah Keperluan Pengurusan :           RM700 (Gaji Guru,Sewa rumah&Bil dan Lain-lain hal)      

Kewangan (Bulanan)

Jumlah Keperluan Pengurusan :           RM8,400 (Gaji Guru,Sewa rumah&Bil dan Lain-lain hal)  

Kewangan (Tahunan)

 

KELAS KOMPUTER

Kursus                                                      :           Kelas Komputer

Lokasi                                                       :           Kg.Trabengchuk,Wilayah Thom (Menumpang di sekolah)

Bil.Komputer                                         :           12 Unit

Jumlah Pelajar                                       :           12 Orang

Jenis latihan                                           :           Asas Komputer

Tenaga Pengajar                                  :           1 orang (Anak tempatan)

Tempoh Kursus                                    :           3 bulan

Tahun penubuhan Bengkel              :           2015 hingga kini

Jumlah pelajar                                      :           24 pelajar (2 Kumpulan)

Pecapaian Pelajar                                :           Baik

Jumlah Keperluan Pengurusan      :           RM690 (Gaji Guru,sewa rumah&Bil dan Lain-lain hal)      

Kewangan (Bulanan)

Jumlah Keperluan Pengurusan      :           RM8,280 (Gaji Guru,Sewa rumah&Bil dan Lain-lain hal)  

Kewangan (Tahunan)

KEPERLUAN PROJEK TERKINI APA YANG DIPERLUKAN SEGERA?

Projek ini perlu disegerakan untuk memberi peluang lebih ramai lagi masyarakat kampung terutamanya anak-anak muda untuk mendalami kemahiran sekali gus memberi punca pendapatan kepada mereka. Beberapa perkara penting ketika ini yang amat diperlukan bagi menrealisasikan pembinaan banguna pusat vokasional ini, antaranya;

KECEMASAN/KEPERLUAN SEGERA

  1. Dana/Kewangan :

-Pembinaan Jambatan

-Pembinaan Bangunan

-Pengurusan Penyelarasan aktiviti bulanan

-Penasihat Teknikal

-Penasihat Pembinaan sturuktur bangunan (Juruteknik)

-Penasihat MARA/Vokasional

PENGUMPULAN DANA: CARA PROMOSI DANA?

  1. Media Social-Facebook, Instagram, Twitter
  2. Email Blasting
  3. Wassap Blasting
  4. Crowdfunding-LaunchGood
  5. Individu

KESIMPULAN

 

Projek Jangka panjang ini amat memerlukan dana segera bagi membina bangunan Pusat Vokasional dan kerja-kerja penyelarasan aktiviti bulanan. Namun hingga ke hari ini dana masih tiada lagi bahkan permintaan semakin meningkat untuk belajar. Oleh itu, harapan dan azam tahun 2020 ini dana mencukupi untuk membina bangunan Pusat Vokasional ini. Jadi kongsikan rezeki anda hanya serendah RM5 sahaja ke dalam projek ini.

BANTU VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

atau klik pada butang dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: