MENGAPA TELAGA KONKRIT?

Sumber untuk mendapatkan bekalan air bersih di Kemboja masih lagi menjadi isu yang amat kritikal dari dahulu hingga kini (2020) terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman. Penduduk masih menggunakan sumber air yang tidak bersih bagi menjalankan aktiviti seharian mereka seperti minum, memasak, mandi dan membasuh pakaian. Sumber air yang digunakan ini datangnya dari sungai berdekatan dan kolam takungan. Sumber air bersih hanya didapati dari air hujan yang ditadah.

Jelas bahawa sumber air yang digunakan ini tidak bersih. Namun hidup tiada pilihan kerana pihak kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan air secara percuma dan berbayar. Kekangan faktor kewangan menghadkan penduduk mempunyai sumber air bersih dan telaga sendiri kerana kebanyakkan mereka tiada pekerjaan tetap dan bekerja sebagai petani dan nelayan secara kecil-kecilan.

OUR CURRENT PROJECT

Wakaf Telaga Konkrit

$27,740.00 Raised
55% Donation Collected
Donate Now

OUR PAST PROJECT

There are no posts to display!