Rayuan Derma Bantuan Selamatkan Palestina dan Al-Aqsa

RM12,964 of RM50,000 raised
RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00

Objektif Kempen

Bantu perjuangan rakyat Palestin menentang pencerobohan Israel dengan membekalkan mereka dengan pek makanan dan peralatan kebersihan.

Kami Memerlukan Bantuan Untuk Mengumpulkan USD 50,000 Dengan Cepat Untuk Keluarga & Mangsa:

1. Pengusiran haram Syeikh Jarrah, di mana rumah mereka diduduki oleh Peneroka haram Israel.
2. Orang Palestin yang cedera semasa serangan pasukan polis Israel ke atas Jemaah Muslim di masjid Al-Aqsa.
3. Rakyat Palestin di Gaza yang sedang menghadapi serangan udara Israel yang sedang berlaku.

Satu lagi serangan Israel terhadap Palestin yang tidak bersalah berlaku minggu lalu. Saudara-saudara Palestin kita di Baitul Maqdis dan Gaza sekarang dibom, dipukul, diusir dan dibunuh di tanah mereka sendiri! Keadaan harian semakin teruk.

BERITA TERKINI – BANTUAN KECEMASAN SAVE PALESTINE SAVE AL-AQSA
SABTU, 22 MEI 2021

Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, 3 daripada 5 bantuan Al-I’tisam ke Gaza telah selamat diedarkan. Sila rujuk gambar yang dilampirkan.

Edaran bermula daripada hari Rabu, 19 Mei ketika serangan Israel keatas Gaza sedang berada di kemuncaknya. Sukarelawan kami di Gaza mengambil risiko yang tinggi mempertaruhkan nyawa masing-masing bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa serangan Israel disana.

Untuk pengetahuan tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, berikut adalah pergerakan penghantaran bantuan kami di Gaza;

  • Selasa, 18 Mei – Duit bantuan dihantar melalui Maybank TTDI Jaya, Shah Alam. Kiriman wang
    sampai di Turki pada hari yang sama.
  • Selasa, 18 Mei – Sukarelawan kami di Gaza diarahkan menempah bekalan disel dengan segera
    kerana stok disel Hospital As-Shifaa berada pada tahap kritikal.
  • Rabu, 19 Mei – Duit bantuan sampai di Gaza. Pembayaran pembelian disel dilunaskan serta
    merta.
  • Rabu, 19 Mei – Bantuan pertama (Disel 8400 liter) sampai di Hospital As-Shifaa pada sebelah
    petang. Serangan keatas Gaza semakin hebat.
  • Khamis, 20 Mei – Bantuan pek makanan diedarkan di kawasan perumahan yang teruk di bom.
    Bom dan roket dari Israel terus menghujani Gaza terutama Di Rafah dan Khan Younis.
  • Jumaat, 21 Mei – Kit kesihatan yang mengandungi sabun, ubat gigi, berus Gigi, sanitizer, pelitupmuka, alkohol dll diedarkan. Gencatan  bermula jam 2.00 pagi waktu Palestin.
  • Sabtu, 22 Mei dan seterusnya – Program rehabilitasi dan pemulihan sedang digerakkan.
Surat Penghargaan dari Hospital As-Shifaa, Gaza

Mungkin tuan puan kerap mendengar atau membaca posting-posting di media sosial bahawa orang ini sahaja atau NGO tertentu sahaja yang boleh atau mampu menyampaikan bantuan ke Gaza.

Sebenarnya Gaza BUKAN MILIK mana-mana individu atau NGO tertentu. Sesiapa sahaja yang mempunyai NGO berdaftar dan sediada dengan rangkaian kerja serta berpengalaman di Gaza atau di mana-mana lokasi di Palestin termasuk Baitulmaqdis atau West Bank mampu melaksanakan tugas tersebut.

Oleh yang demikian, pilihlah mana-mana NGO berpengalaman yang anda yakini dan mempunyai track-record di Palestin untuk menyampaikan bantuan anda. Cek facebook atau web atau telefon atau pergi sendiri ke pejabat kami untuk mendapat kepastian.

Anda boleh mendapat maklumat aktiviti kami di Palestin yang bermula pada tahun 2013;
➡️ Lawati facebook atau web kami di link : https://www.facebook.com/savepalestinealitisam atau
web kami di www.alitisam.com.
➡️ Telefon kami di 03-78461880 atau whatsapp 016-2051880, 012-5271880.
➡️ Berhubung terus dengan Ketua Pegawai Eksekutif Al-I’tisam di 012-2689872 atau bercakap
dengan Ketua Projek Save Palestine Al-I’tisam, Muhammad Hafdizin di 012-8859872.
➡️ Datang ke pejabat Al-I’tisam di No. 17, Jalan Opera D U2/D, Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Program bantuan Al-I’tisam seterusnya di Palestin ialah

  • Bantuan disel untuk hospital dan pusat kesihatan.
  • Bantuan pek makanan dan kit kebersihan.
  • PROJEK TERKINI; Bantuan rehabilitasi dan pemulihan rumah dan fasiliti awam.
  • Projek-projek lain yang dalam perancangan.

BANTULAH PALESTIN BERSAMA AL-I’TISAM – NGO YANG ANDA YAKINI.

Tuan puan juga boleh menyumbang secara terus ke akaun kami seperti berikut;

Nama akaun : Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam (Al-I’tisam Relief Program Association).
Nombor akaun bank;

  • Maybank : 5624 7814 1589
  • Bank Islam : 12038010114731
  • CIMB : 8600633583
    Rujukan : Save Palestine