Yemen Bakery
Perebutan wilayah diantara pihak kerajaan dan pemberontak menjadi semakin sengit semenjak pembunuhan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
Negeri Hudaydah di mana terletaknya daerah Zabid menjadi salah satu lokasi pertelingkahan yang sedang hangat membakar.
Saban hari serangan udara, roket dan pertempuran darat berlaku tanpa penyudahnya.
Pertelingkahan yang berlanjutan hanya menjadikan suasana semakin buruk dan penduduk seramai 55,000 orang disini sering menderita kelaparan disamping ancaman penyakit akibat kekurangan makanan dan kurang kemudahan penjagaan kesihatan.
NGO Al-I’tisam Relief Program Association telah mengambil inisiatif untuk mengoperasi sebuah bakeri di sini yang berupaya mengeluarkan 15,000 buku roti setiap hari.
Disebabkan kekurangan sumber kewangan kami hanya beroperasi sebanyak 3 hari dalam seminggu sahaja.
Alhamdulillah, semenjak September 2017 sebanyak 2,250 keluarga mendapat manafaat 10 buku roti setiap minggu.
Tuan puan para dermawan yang berminat untuk membuat kebajikan kepada fakir miskin di Zabid ini boleh menyumbang kepada kami.
Semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yang berkat kepada semua serta diberi keampunan kepada dosa-dosa terdahulu dan terkemudian, Aamiin