Bantuan Nutrisi Yemen
Pengenalan
Kelaparan dan kekurangan zat makanan telah menyumbang dalam skala yang besar kepada kematian kanak-kanak di Yaman. Dan kekurangan zat makanan juga telah muncul sebagai ancaman kuat bagi kanak-kanak dan menjadi kanak-kanak lebih rentan terhadap penyakit terutamanya penyakit kolera dan corona virus (COVID-19) .
Kemiskinan dan kelaparan adalah punca utama serta menghalang kemampuan kanak-kanak untuk menjalani kehidupan yang produktif.
Menurut laporan UNICEF, bahawa seramai 2 juta kanak-kanak di Yaman kekurangan zat makanan dianggarkan, termasuk 325,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun yang menderita malnutrisi akut dan berjuang untuk bertahan hidup berikutan kejatuhan ekonomi ,keadaan kehidupan dan kemudahan dan fasiliti kesihatan negeri yang tidak cukup.
Bantuan Nutrisi merupakan sejenis bantuan susu formula .Bantuan Nutrisi telah ini telah dilancarkan pada tahun 2019 sebagai usaha Al-I’tisam untuk meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 6 tahun daripada keluarga miskin atau Pelarian Dalam Negeri (IDP) . Dalam bantuan ini, kanak-kanak yang memenuhi kriteria kelayakan diberi bantuan nutrisi untuk membantu mereka mencapai pertumbuhan fizikal dan mental yang optima.
Pencapaian
Sepanjang lebih 2 tahun bantuan nutrisi ini dilaksanakan, seramai 1400 orang kanak-kanak dalam kalangan miskin tegar, miskin dan pelarian dalam negeri telah menerima manfaat daripada bantuan susu formula ini.
“Dalam rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain”.
Jom salurkan sumbangan ikhlas anda ke:
Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam:
💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731