Misi Kecemasan Banjir Di Kelantan

Misi Kecemasan Banjir Di Kelantan
MISI KECEMASAN BANJIR 3
🌊 Banjir di Semenanjung semakin buruk. Dari perbualan kami dengan mangsa banjir dalam misi sebelum ini, rata-rata mangsa menyifatkan banjir 2021 adalah lebih buruk daripada tahun 1971 dulu.
🌊 Banyak rumah dari kalangan mangsa bukan sahaja ditenggelami air malah sebilangan juga runtuh dan dihanyutkan banjir.
🌊Esok, Sabtu 9 Jan, NGO Al-I’tisam sekali lagi akan melaksanakan misi banjir. Adanya panggilan kecemasan untuk membantu 600 keluarga di Pulau Besar, Tumpat yang terputus bekalan malah terputus hubungan.
🌊 Walaupun penat misi ke Raub 6hb dan 7hb masih terasa, kami tidak mampu menolak permintaan penduduk Pulau Besar, Tumpat yang sudah 2 hari terputus bekalan.
🌊 Oleh yang demikian, kami sekali lagi terpaksa berhadapan dengan tuan puan memohon ehsan untuk menyumbang kepada kami atau sekurang2 nya meng ‘viral’ kan mesej ini bagi membantu penduduk yang sedang dilanda bencana.
🌊 Untuk makluman tuan puan, misi ini kami dahulukan secara berhutang dengan pihak pembekal barangan makanan berjumlah RM30,000.
🌊Harapan dan doa kami ialah adanya insan-insan prihatin lagi dermawan untuk membantu. Rayuan dari mangsa banjir yang sudah 2 hari terputus bekalan makanan meruntun hati kami untuk melaksanakan misi bantuan dengan kadar segera.
🤲Semoga doa ini dimakbulkan Allah SWT..Aameen ya Allah
Untuk aktiviti-aktiviti terkini boleh layari facebook kami fb.com/ceriamalaysiaalitisam.
Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun;
Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam
💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳Bank Islam : 12038010114731
reference: Misi banjir
🙏Mohon jasa baik tuan/puan untuk VIRAL kan mesej ini.