SEDEKAH JUMAAT MINGGU KE-6 / 2021
SEDEKAH JUMAAT MINGGU KE-6 / 2021
SEDEKAH JUMAAT MINGGU KE-6 / 2021
Assalamualaikum warahmatullah.
🌟 Program Sedekah Jumaat Al-I’tisam sudah berjalan selama 9 minggu, bermula dari 10 Disember 2020.
🌟 Mesti anda tertanya-tanya bagaimanakah Sedekah Jumaat anda dibelanjakan.
🌟 Berikut adalah 2 buah projek yang dilaksanakan hasil sumbangan Sedekah Jumaat yang anda salurkan.
🌺 Menaja penyediaan sebanyak 22,500 buku roti oleh Bakeri Al-I’tisam di Zabid, Yemen. Kemudian diedarkan kepada 2,250 keluarga pelarian dan fakir miskin akibat perang saudara yang berterusan. Sila tontoni video dibawah;
🌺 Menampung sebahagian kos bantuan makanan kepada 100 keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid 19 di kawasan Shah Alam. Sila tontoni video dibawah.
🌼 Alhamdulillah, Sedekah Jumaat anda yang walaupun nilainya kecil di sisi manusia biasa, tetapi keikhlasan dan berkat rezeki yang anda kongsi melalui Program Sedekah Jumaat Al-I’tisam besar nilainya di sisi ribuan manusia yang telah dibantu dengan sedekah tersebut.
🌼 Inilah nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada anda sebagai tanda keberkatan rezeki halal yang anda perolehi. Wallahu’alam.
🌼 Teruskan bersedekah, semoga Allah Ta’ala menggandakan keberkatan kepada anda dan keluarga.