“DALAM REZEKI KITA, PASTI ADA REZEKI ORANG LAIN”
Al-I’tisam menubuhkan FoodBank untuk mengumpul makanan melalui derma orang ramai, menyimpan dan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Al-I’tisam FoodBank juga akan menyediakan stok bantuan makanan yang cukup untuk misi-misi bantuan kecemasan seperti bencana alam.
PETI SUMBANGAN MAKANAN (FOOD DONATION BOX)
DONATION BOX
Sebuah peti khas telah ditempatkan di hadapan premis Al-I’tisam bagi membolehkan orang ramai menyumbang makanan dengan hanya meletakkan barang sumbangan mereka ke dalam peti tersebut. Dengan adanya peti ini, orang ramai boleh menyumbang bila-bila masa sahaja.
SUMBANGAN TUNAI
Al-I’tisam juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk tunai khususnya untuk projek FoodBank ini. Melalui sumbangan tunai sebenarnya Al-I’tisam mampu membeli lebih banyak barang makanan kerana Al-I’tisam akan membelinya hanya dari pasaraya atau terus dari pengeluar makanan dengan harga borong. Apabila dibeli dengan harga borong, pihak pasaraya atau pengeluar makanan akan memberi harga diskaun dan dengan diskaun itu lebih banyak makanan boleh dibeli, oleh itu lebih ramai asnaf dapat dibantu.
KLIK BUTTON DI BAWAH UNTUK MENDERMA
KESELAMATAN MAKANAN
Al-I’tisam sentiasa memastikan operarsi FoodBank adalah mengikut ketetapan dan peraturan undang-undang berkaitan, antaranya Akta Makanan 1983 dan Garis Panduan Keselamatan Gudang Makanan seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan serta mana-mana akta Kerajaan Malaysia atau Enakmen / undang-undang / peraturan berkaitan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
MENGAPA ANDA PERLU MENYOKONG FOODBANK?
Konsep “foodbank” ini sudah lama dilaksanakan di negara-negara maju, malah negara-negara jiran kita seperti Indonesia dan Singapura juga sudah lebih kehadapan dengan “foodbank” mereka.
Malah konsep “foodbank” ini juga telah lama dilaksanakan di dalam sejarah Islam, contohnya kisah Saidina Umar Ibn Al-Khatab r.a pernah membantu seorang wanita miskin dengan baginda sendiri mengendung seguni gandum dari Baitulmal dan sampaikan terus kepada wanita tersebut.
JUGA TERDAPAT BANYAK AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADITH-HADITH YANG MEMERINTAHKAN KITA MEMBERI MAKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.”
(Surah Al-Insan: 8-9)
DERMALAH WALAU SEBUNGKUS GARAM
Kami mengalu-alukan derma dalam bentuk makanan atau pun tunai dan Kami juga mengalu-alukan syarikat pengeluar makanan atau pasaraya untuk mejadi penaja rasmi Al-I’tisam Foodbank untuk jangka panjang dan pendek.