KEBAKARAN BESAR DI BALUKALI KEM, COX’S BAZAR, BANGLADESH.
Kebakaran di kem pelarian Rohingya menyebabkan lebih 1000 pondok hangus. Api masih marak dan pihak bomba tidak dapat memasuki kawasan kebakaran. Kawasan kediaman pelarian yang menyelamatkan diri dari kekejaman kerajaan Myanmar pada Ogos 2017 ini dibina rapat-rapat dan tidak ada jalan kenderaan disediakan.
Setakat jam 10 malam waktu Malaysia, berita tidak rasmi mengatakan 20 kanak-kanak, 5 lelaki dan 7 perempuan mati. Kami menerima beberapa gambar mayat yang rentung tetapi tidak dapat disertakan disini.
Ramai kanak-kanak masih lagi dilaporkan hilang dan dibimbangi menjadi mangsa kebakaran ini.
Ratusan lagi dikatakan cedera dan memerlukan rawatan.
Al-I’tisam melancarkan Tabung Kexemasan Kebakaran Kem Balukali sekarang. Sebanyak RM200,000 sedang dikumpul bagi menghantar bantuan segera.
Keperluan peringkat awal ialah makanan, air minuman, alas tidur, selimut, pinggan mangkuk dan pakaian.
Sampaikan sumbangan anda secepat mungkin. Pasukan sukarela Al-I’tisam sedang bersedia untuk mengedarkan bantuan ini.
Klik DONATE NOW! untuk menyumbang.