MISI BANJIR 2 – AL-I’TISAM 2019

BANTUAN MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR DIPERLUKAN SEGERA

MALAYSIA PERLUKAN BANTUAN ANDA; JOHOR DAN PAHANG SEDANG DILANDA BANJIR

Kod MERAH di banyak tempat; Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Kuantan, Bera, Pekan dan sebagainya dan hujan lebat dijangka berterusan. 

Kami rayu sumbangan dana dari anda bagi menjayakan Misi Bantuan Kecemasan Banjir ini.

Kemungkinan banjir tahun ini yang ke-2 terburuk selepas 2014. Ramai penduduk dikawasan ditimpa banjir seolah-olah tidak bersedia (atau mungkin tidak menjangka) seperti yang berlaku pada tahun 2014 dahulu. Sehingga ada yang terperangkap dan kehabisan makanan ditengah perjalanan kerana hubungan jalanraya terputus ditenggelami banjir tanpa disangka.

Selaku Penyelaras Kluster Makanan Nadma, Al-I’tisam Relief Program Association sedang berusaha menggerakkan bantuan makanan pada kadar segera kepada mangsa banjir di Johor dan mengumpul seberapa banyak NGO yang boleh untuk menyertai kami.

Untuk tujuan ini, kami sangat memerlukan dana sebanyak RM70,000 selewat-lewatnya hari Rabu bagi menyediakan 1000 pek makanan yang mengandungi beras, gula, teh, biskut, mee segera dsb.

Kami akan bertolak ke Johor pada hari Khamis, 19hb Disember dan pembelian barang makanan perlu dibuat pada hari Rabu ini.

BANTU VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

atau klik pada butang dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *