Misi Bantuan Kecemasan Banjir 2 – AL-I’TISAM 2019 (19 Disember 2019)

Pertamanya, kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT diatas limpah kurnia dan keizinannya Misi Bantuan Kecemasan Banjir 1 ke Tumpat Kelantan telah berjaya dilaksanakan.

Tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang menderma, menyokong dan mendoakan team Misi Banjir Al-I’tisam selamat menjalankan amanah tuan puan semua.

Misi yang bertolak ke Tumpat pada 6hb Disember dan kembali semula ke Shah Alam pada 8hb Disember berjaya mengedarkan 550 pek barang makanan kepada 550 keluarga di Pengkalan Kubor, Wakaf Baru dan Kelaboran berbanding dengan jumlah mangsa keseluruhan di daerah Tumpat sahaja iaitu 7500 keluarga.

Sebahagian daripada aktiviti Misi Banjir 1 kami rangkumkan dalam video yang disertakan untuk tontonan semua.

Untuk makluman, Misi Banjir 2 baharu sahaja bertolak pada jam 2.30 petang menuju ke Kluang dengan membawa 200 pek barang makanan untuk mangsa banjir dikawasan Kluang pula. Sama-sama kita doakan agar perjalanan mereka selamat dan berjaya melaksanakan tugas seperti yang dirancang.

Manakala Misi Banjir 3 pula sedang membuat persediaan untuk sekali lagi ke Kelantan yang dijangka dilanda banjir semula. Mulai semalam, air banjir telah mula naik dengan pantas. Daerah Jeli dan Tanah Merah telah mula ditenggelami air sejak semalam lagi.

Paras air Sungai Golok telah mencecah ketinggian 10.61 meter pagi tadi menyamai paras tertinggi air tahun ini. Ketika ini paras air masih lagi meningkat.

Ramai berpendapat banjir di Kelantan gelombang kedua ini mungkin lebih buruk berbanding dengan gelombang pertama. Jumlah mangsa juga dijangka bertambah jika dibandingkan sebelum ini.

Kami mensasarkan untuk mengumpul barang bantuan makanan kering sebanyak 500 pek. Jika tuan puan ingin bersama kami menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, bolehlah menyumbang melalui bank akaun Al-I’tisam Relief Program Association seperti biasa.

Sekali lagi, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tuan puan diatas sokongan berterusan kepada NGO Al-I’tisam Relief Program Association. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikan semua.

BANTU VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

atau klik pada butang dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *