Misi DERMA KILAT SYRIA

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2019-10-15-at-14.56.20-1024x724.jpeg

Alhamdulillah!

Setelah 5 hari Derma Kilat Syria dilancarkan, jumlah terkumpul sumbangan misi kecemasan ini telah mencapai 50% daripada jumlah sasaran RM75,000.

Jumlah ini hanya mencukupi untuk bantuan kepada 200 keluarga sahaja!.

Map of Syrian Civil War (Syria control map): Territorial control in Syria in September 2019 (Free Syrian Army rebels, Kurdish YPG, Syrian Democratic Forces (SDF), Hayat Tahrir al-Sham (HTS / Al-Nusra Front), Islamic State (ISIS/ISIL), and others). Includes US deconfliction zone and Turkey-Russia demilitarized buffer zone, plus recent locations of conflict and territorial control changes, including Khan Shaykhun, Kabani, Morek, and more. Colorblind accessible.

Kami sekarang ini sedang berusaha menyusun gerak kerja bagi memasuki Tabqa dan kawasan pinggiran bandar Manbij kira-kira 180 KM di selatan bandar Albab.

Menurut laporan media berkemungkinan pertempuran besar akan berlaku kawasan ini dalam sehari dua lagi.

Pinggiran Manbij telah ditawan oleh ketumbukan tentera Turki manakala beberapa unit tentera Assad telah pun sampai di tengah bandar Manbij melalui perjanjian ketenteraan pihak Kurdish dan Assad bagi mempertahankan Manbij dari ditawan oleh Turki. Belum ada lagi kedengaran berita rundingan pihak-pihak terlibat bagi mencari penyelesaian tanpa pertumpahan darah.

Laporan terkini mengatakan bandar Manbij sekarang mempunyai lebih kurang 300,000 penduduk yang terdiri daripada Arab dan Kurdish.

Kerisauan kami ialah kesusahan yang bakal berlaku kepada penduduk yang tidak berdosa terutama kaum wanita serta kanak-kanak jika berlaku pertempuran di antara pihak-pihak yang bersengketa. Bagi melaksanakan misi ini, pihak Al-I’tisam Relief Program Association akan terus berpegang kepada Code of Conduct NGO kami iaitu kekal berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana pihak yang bersengketa.

Sebahagian penduduk sudah pun melarikan diri meninggalkan bandar ke kawasan perkampungan dipinggiran bandar. Jumlah ini dijangka akan bertambah berlipat kali ganda apabila pertempuran bermula.

Misi kami akan bertolak dari KLIA kemungkinan pada 23hb Oktober dan akan tiba di bandar Albab, Syria pada 24hb Oktober Insya-Allah. Dari sudut fizikal, mental dan peraturan kami sudah bersedia bagi melaksanakan misi bila-bila masa seperti yang dirancangkan. Apa yang diperlukan adalah dana mencukupi sahaja lagi.

Dengan rasa rendah diri kami memohon sokongan tuan puan yang berkemampuan untuk membantu kami mencukupkan dana yang diperlukan iaitu lebih kurang RM37,500 sahaja lagi sebelum misi ini bertolak minggu hadapan.

Semoga Allah SWT merahmati semua, menerima sedekah tuan puan dan memberi balasan rezeki berlipat kali ganda kepada semua penyumbang.

BANTU VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

RM 10000
Jumlah Sumbangan yang Terkumpul
Total Views: 5 ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *