PENGENALAN KEMBOJA

MENGAPA KEMBOJA?

Ibu negara Kemboja, Phnom Penh yang terletak di persimpangan Sungai Mekong dan Sungai Tonle Sap merupakan kawasan yang sedang giat membangun pesat. Majoriti di Bandar Phnom Penh ini didiami oleh masyarakat berbangsa Khmer,agama Buddha. Manakala kelompok minoriti adalah masyarakat muslim dikenali sebagai melayu Champa.

Kehidupan masyarakat di Kemboja berada ditahap memuaskan terutamanya yang tinggal di Bandar Phnom Penh kerana bandar ini sedang meningkat maju pembangunannya. Namun lain pula sebaliknya masyarakat muslim. Kehidupan yang tinggal di perkampungan pedalaman,di dalam sampan dan berteduh dipondok tidak berdinding. Tidak kurang juga keadaan rumah yang kian hari mereput dimakan anai-anai.

Kemiskinan tegar menyebabkan kaum muslim di Kemboja tidak henti meraih simpati meminta bantuan. Kesusahan dan penderitaan yang dialami tidak mampu diajukan kepada pemerintah.

Dasar kerajaan juga tidak menyebelahi kaum muslim hingga menyebabkan  mereka hidup terasing dan dipinggirkan dari segala kemudahan. Terutamanya pendidikan dan peluang pekerjaan. Kekurangan ini telah menghalang pembangunan kaum muslim  hingga terus hidup dalam serba kedhaifan .

ZAMAN KEGELAPAN KEMBOJA

Image result for pol pot

Saloth Sar “Pol Pot”

Kemiskinan dan penderitaan yang berlaku terhadap masyarakat Kemboja terutamanya yang beragam Islam dari kesan zaman kegelapan Kemboja ketika pemerintahan kejam rejim Pol Pot.  Sebuah pemerintahan yang kejam dari 1975 hingga 1979 (3 tahun). Amat perit untuk dikenangkan, dipukul sepanjang hari, dicabut kuku menggunakan playar, dikenakan renjatan elektrik dan dipaksa bekerja sepanjang hari tanpa rehat, tidak dibenarkan mandi hanya disiram air, tiga bulan sekali, tidak dibenarkan solat dan diberikan nasi bubur cair bagi mengalas perut.

Tentera Khmer Rouge membunuh artis, guru, peguam, doktor, wartawan, ahli agama atau sesiapa saja yang dianggap sebagai ‘intelektual,’ atau sesiapa saja yang mempamerkan bangsa, agama atau kedudukan mereka. Kekejaman ini berlaku tanpa sebarang alasan.

Penduduk ditangkap dan dibunuh atau dipaksa menjadi buruh kasar. Ada kalanya, alasan yang tidak boleh diterima akal manusia waras seperti memanjat pokok kelapa kerana haus atau hanya kerana memakai cermin mata yang menampakkan seolah-olah bijak atau kaya turut ditangkap atau dibunuh.

PENJARA TUOL SLENG, PHNOM PENH

Image result for Sekolah Tinggi Chao Ponhea Yat

Penjara Tuol Sleng, Phnom Penh, Kemboja

Penjara Tuol Sleng adalah bekas Sekolah Tinggi Chao Ponhea Yat yang dijadikan penjara menempatkan hampir 20,000 tahanan yang kemudiannya dibunuh ketika di zaman pemerintahan kuku besi itu. Kira-kira ebih dua juta rakyat Kemboja mati kebuluran, diseksa dan dibunuh, manakala ramai lagi yang terselamat mengalami kecacatan fizikal dan mental.

Image result for kekejaman pol pot

Biarpun zaman itu sudah berlalu lebih 30 tahun, namun kesannya masih terpahat dalam rakyat Kemboja melalui zaman kekejaman Khmer Rouge terutamanya golongan warga emas yang melalui zaman gelap ini.

KEMUNCULAN AL-I’TISAM DI KEMBOJA

Kemiskinan dan penderitaan berterusan hingga kini walaupun zaman kegelapan dan penderitaan Kemboja telah berlalu. Atas dari konflik kemiskinan yang tiada kesudahannya, Al-I’tisam terus ke hadapan dalam membantu membangunkan masyarakat muslim Kemboja. Projek bantuan di Kemboja telah memasuki tahun ke-7 bermula 2012 bermula dengan bantuan pembinaan waqaf telaga. Sedia maklum bahawa di Kemboja kekurangan sumber air bersih di kawasan-kawasan pedalaman.

Sepanjang tempoh 3 tahun di kampung-kampung Kemboja Al-I’tisam telah menyumbangkan kira-kira 100 biji telaga dengan kerjasama pelbagai pihak. Bantuan waqaf telaga ini dimanfaatkan kepada 100 keluarga dengan isi rumah dianggarkan 1000 orang. Tidak ketinggalan juga bantuan baik pulih surau dan madrasah. Kawasan pedalaman melayu Kemboja yang memakan jarak enam atau sembilan jam dari pusat bandar Phnom Penh amat jarang dikunjungi orang luar. Ia menyebabkan kehidupan di sini amat mundur dari segala kemodenan serta bantuan.

PROGRAM JANGKA PENDEK

Antara lain bantuan yang bersifat sementara di awal projek Al-I’tisam;

  • Bantuan Pakaian
  • Bantuan kewangan guru-guru agama
  • Bantuan makanan asas
  • Bantuan kelengkapan solat
  • Waqaf Al-Quran
  • Membaiki rumah warga emas
  • Program berkhatan beramai-ramai
  • Bantuan kain sarung lelaki dan wanita
  • Kenduri Korban Akikah
  • Misi Kemanusiaan Khidmat masyarakat bersama pelajar IPT/IPTS dan sukarelawan bebas.

PROGRAM BERMUSIM

Memperlihatkan masa depan Kemboja yang perlukan perubahan, Al-I’tisam menyalurkan beberapa bentuk bantuan lain seperti program tahunan atau bermusim;

PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH

Projek korban dan akikah merupakan projek tahunan pada hari raya aidiladha. Penyertaan bagi korban akikah ini terbuka kepada rakyat Malaysia mahupun lain-lain negara yang ingin membuat korban di Kemboja.

IFTAR RAMADHAN

Projek Iftar ramadhan akan mensasarkan bantuan pakej makanan asas kepada 300 keluarga atau lebih bergantung pada jumlah pengumpulan dana. Pakej ini akan diagihkan pada minggu pertama bulan ramadhan. Sebanyak dua belas bahan makanan dimuatkan di dalam pakej ini, antaranya;

  • Beras
  • Tepung Gandum
  • Gula Pasir
  • Air Jus
  • Sardin Kecil
  • Biskut
  • Teh Serbuk
  • Minyak Masak
  • Mee Segera
  • Air Sirap Kordial
  • Susu Tin Pekat Manis
  • Milo

Makanan ini amat berharga buat mereka kerana hanya setahun sekali dapur akan terisi bagi tempoh sebulan. Namun,sebulan yang dianggarkan berlanjutan hingga ke dua tiga bulan. Terlalu bernilai sumbangan yang diberikan buat mereka

Projek jangka masa panjang (Pusat Vokasional) merupakan program modal insan

Apakah Itu Program “Cambodia Care”
Penubuhan “Cambodia Care” oleh Al-I’tisam Relief Program memfokuskan kepada bantuan jangka masa panjang atau Pembangunan Modal Insan (Pusat Vokasional).

  • Mengurangkan kadar kemiskinan
  • Mendidik masyarakat Kemboja untuk berdikari
  • Memberi peluang pekerjaan
  • Meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Kemboja
  • Memberi pendidikan kemahiran
  • Mengurangkan masalah gejala sosial
  • Menghasilkan produk halal Kemboja

Projek pusat vokasional Al-I’tisam untuk masyarakat muslim Kemboja dengan memfokuskan kepada pengetahuan kemahiran. Kini projek ini telah pun dijalankan hampir masuk ke tahun yang ke-5 operasinya. Di awal pembabitan projek ini dimulakan dengan kemahiran jahitan dan kelas komputer yang terletak di daerah Thom berlainan Kampung. Oleh kerana dana masih tidak mencukupi bagi membina pusat vokasional, kelas-kelas yang sedang beroperasi itu menyewa di rumah penduduk kampung.

Kelas Komputer Al-I’tisam di Kg Trabengchuk, Wilayah Thom

Bekas Pelajar Bengkel Jahitan Al-I’tisam

Perancangan ke arah pembangunan modal insan Kemboja ini akan dipertingkat lagi dengan menambah beberapa lagi kursus latihan apabila terbinanya bangunan vokasional ini. Antara penyediaan latihan di pusat vokasional akan datang

Penghasilan prodak makanan halal muslim Kemboja sperti mee segera,

  • roti
  • biskut
  • sos cili
  • kicap
  • air jus
  • biskut
  • dan lain-lain.
  • Kraftangan muslim Kemboja
  • Pertanian & penternakan strategik
  • Kulinari
  • Hospitaliti dan Pelancongan
  • Pemasaran perniagaan

Atas sokongan dan permintaan yang menggalakkan terhadap kemahiran, penduduk kampung mahukan lebih banyak lagi peluang belajar di buka buat mereka. Ini kerana hasil dari kemahiran ini di bengkel jahitan ada diantara bekas pelajar telah pun berjaya menjana pendapatan sendiri. Ianya menjadi pembakar semangat untuk mengubah kemiskinan keluarga.

Justeru itu, demi pembangunan Kemboja Al-I’tisam telah pun membeli tanah untuk membangunkan pusat vokasional ini. Namun, perancangan ini masih lagi di dalam proses pengumpulan dana.

Bekas Pelajar Bengkel Jahitan Al-I’tisam

Tapak Tanah Pembinaan Pusat Vokasional Al-I’tisam, Kg.Trabengchuk, Kemboja

KESIMPULAN

  • Kemboja perlukan bantuan bukan sahaja jangka pendek malah bantuan jangka panjang.
  • Al-I’tisam ingin mengubah persepsi masyarakat dunia terutamanya Malaysia bahawa muslim Kemboja hanya terus hidup dalam kemiskinan. Kemboja harus mengubah kehidupan mereka dengan ilmu.
  • Al-I’tisam berharap dengan pembangunan projek pembangunan insan bagi pusat vokasioal ini dapat membuka mata dunia untuk turut sama membantu menyalurkan dana agar bangunan ini dapat dibina segera. Untuk mengetahui makluman lanjut berkaitan aktiviti projek “Cambodia Care” layari facebook:

 

Akhir kata,

“Bantulah Kemboja, Jangan Biarkan Kemiskinan Menyelubungi Hidup Mereka”

BANTU VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

atau klik pada butang dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Access Now!
OFFER ENDING SOON
Save 50%
Personal Trainer
FREE Nutrition
Custom Workout App
Get Access Now!
Get Access Now! & Save 50%
Personal Trainer FREE Nutrition Custom Workout App
Get Access Now!