LAPORAN IFTAR RAMADHAN MALAYSIA TAHUN 2019

JUSTIFIKASI MENAJA IFTAR DI INDIA

DUNIA ISLAM ADALAH DUNIA TANPA SEMPADAN. Oleh itu untuk kali keempat, Al-I’tisam melalui program “SALAAM INDIA” telah melancarkan program Iftar India untuk membantu UMAT ISLAM YANG MEMERLUKAN DENGAN BANTUAN MAKANAN supaya mereka boleh bersahur dan berbuka seperti umat Islam di tempat lain.

MENGAPA DI INDIA?

MAJORITI UMAT ISLAM DI INDIA BERADA DI BAWAH PARAS KEMISKINAN TANPA PEMBELAAN DAN PERHATIAN DARI PIHAK KERAJAAN

POPULASI UMAT ISLAM

dianggarkan sudah mencecah 200 JUTA ORANG

HANYA 3%

mendapat pendidikan asas

HANYA 3%

mendapatkan pendidikan AGAMA di MADRASAH

HAMPIR 40%

dari perkampungan yang didominasi oleh umat Islam tidak mempunyai klinik kesihatan dan sekolah kerajaan

KADAR KEMATIAN YANG TINGGI

Kadar kematian ibu mengandung, kanak-kanak akibat kekurangan berat dan zat adalah sangat tinggi di kalangan umat Islam

LOKASI DAN JUMLAH PENERIMA BANTUAN IFTAR

  • Bantuan iftar kali yang keempat ini telah diadakan di daerah Thanjavur, Tamil Nadu, India.
  • Di Thanjavur, kepadatan penduduk Islam adalah tinggi oleh itu mereka yang fakir dan miskin juga tinggi tetapi kurang mendapat perhatian
  • Pecahan penerima bantuan iftar adalah seperti berikut:
    • Madukkur:  45
    • Adirapattinam: 20
    • Malipattinam : 10
    • Marakavasal: 6
    • Pudhupatinam: 5
    • Sethubava Satram: 5
    • Orathanadu, Pattukottai dan Papanadu :           45
    • Jumlah: 140

SENARAI MAKANAN

  1. Beras
  2. Tepung Gandum
  3. Kacang Dal
  4. Minyak Masak
  5. Garam
  6. Gula
  7. Minyak Sapi
  8. Combo Masala Powder
  9. Serbuk teh
  10. Kurma

Harga satu pek dengan 10 jenis makanan di atas adalah Rs2,835 (RM170) untuk satu keluarga.

RAKAN KERJSAMASA

Untuk Iftar India 2019 ini, Al-I’tisam telah mendapatkan kerjasama dari pihak Crescent Blood Donors (CBD) yang berpusat di Madukkur, Thanjavur. Antara bentuk kerjasama diberikan oleh CBD ialah mengenal pasti keluarga-keluarga Muslim yang sangat memerlukan, membeli dan membungkus barang makanan dan mengagihkannya kepada 140 keluarga yang tinggal di 9 lokasi yang berjauhan antara satu sama yang lain.