PROJEK HEALTHY GAZA SUDAH DILANCARKAN

PROJEK HEALTHY GAZA BERJAYA DIJALANKAN

Projek Healthy Gaza telah berjaya dijalankan pada minggu lepas. Projek yang bertujuan untuk membekalkan rakyat Palestin di Gaza dengan perkakas yang diperlukan untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Rakyat Palestin di Gaza telah mengalami kenaikan jumlah kes positif yang begitu rancak. Rentetan daripada itu, berlakunya kemelesetan ekonomi dan kesempitan hidup akibat sekatan yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan.

Oleh itu, Al-I’tisam telah mengagihkan 40 pek yang mengandungi sabun, topeng muka dan sebagainya untuk mengurangkan kes positif di sana. Terima kasih banyak kepada yang telah menyumbang untuk menjayakan program ini.