Sedekah Ramadhan Rohingya 1441H

“BANTU KAMI UNTUK BERPUASA”

ARAKAN, MYANMAR

Etnik minoriti Rohingya di Myanmar boleh diibaratkan seperti rakyat Palestin di Gaza. Mereka tinggal di dalam kem-kem yang boleh dikatakan seperti penjara terbuka. Laluan keluar dan masuk ke kawasan kem dikawal ketat oleh tentera.

Dahulunya mereka memiliki tanah dan juga kampung halaman sendiri. Kini semuanya telah berubah apabila harta benda dan rumah mereka dirampas oleh pemerintah Myanmar. Mereka ditempatkan di kem-kem pelarian selepas dihalau keluar dari kampung halaman mereka sendiri.

Kehidupan mereka amat meruntun jiwa kerana mereka hanya mengharapkan belas ehsan masyarakat antarabangsa untuk meneruskan kehidupan.

BANGLADESH

Ketika kemuncak krisis bersenjata pada Ogos 2017 lebih 750,000 orang pelarian Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh. Keadaan ini bertambah meruncing kerana sebelum ini hampir 500,000 orang pelarian sudah pun mendapatkan perlindungan di Bangladesh.

Kehidupan para pelarian di Bangladesh ibarat “kais pagi makan petang”. Hampir setahun mengikat perut inilah waktunya mereka dapat menarik sedikit nafas lega menjelang Ramadhan. Itu pun jika ada insan yang bermurah hati sudi membantu mereka. Jika tidak kehidupan mereka pada bulan Ramadhan nanti akan berlalu seperti hari-hari biasa dan memungkinkan mereka tidak akan mampu berpuasa seperti umat Islam yang lain.

PAKEJ MAKANAN KERING

RM130per pakej
  • Beras
  • Minyak Sayuran
  • Garam
  • Bawang
  • Kentang
  • Gula
  • Kacang Keledek Hitam
  • Rempah Ratus
  • Bawang Putih
  • Kordial Oren/Mangga
  • Kurma