WAKAF TELAGA KONKRIT KEMBOJA

Al-Waqaf- Bermaksud harta yang diwakafkan. Seseorang yang menyerahkan hak miliknya (harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya kerana Allah S.W.T.

WAKAF AIR UNTUK PENDUDUK KAMPUNG

Kekurangan bekalan air bersih untuk keperluan aktiviti harian amat kritikal dalam masyarakat di kawasan pedalaman Kemboja. Hampir 50 peratus penduduk masih tidak mempunyai bekalan air. Penduduk menggunakan bekalan air yang tidak bersih sebagai kelengkapan memasak dan minuman. Kebanyakkan penduduk di Kemboja mendapatkan air dengan bergantung pada air sungai dan air hujan untuk keperluan harian. Akibat dari menggunakan air yang tidak bersih penduduk di sini terdedah dengan penyakit bawaan air seperti kolera dan lain-lain penyakit. Lebih menyedihkan lagi jika penyakit ini menjangkiti warga emas dan anak-anak kecil. Kemiskinan yang dialami membuatkan mereka tidak mampu untuk membuat telaga kerana tiada pendapatan tetap kerana hanya bekerja kampung sahaja.

Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk di kawasan pendalaman ini, Al-I’tisam telah menjayakan projek pembinaan Wakaf Telaga Air Konkrit. Konsep telaga ini menggunakan cara manual dan konsep ini merupakan permintaan dari penduduk Kampung kerana ianya mudah diuruskan dan tidak akan rosak.

TELAGA KONKRIT SIAP TERBINA

Pertengahan Disember 2020 galian proses pembinaan telaga dimulakan di Kampong Thom dan penerima amat gembira dengan pemberian wakaf telaga ini. Selama ini mereka hanya mengangkut air dari jiran tetangga yang mempunyai telaga.Kini sebuah telaga telah terbina di hadapan rumah mereka dan tidak lagi perlu mengangkut air dari jarak yang jauh.

PROSES PEMBINAAN TELAGA

Untuk membina siap sebuah telaga ianya mengambil masa lebih kurang 3-4 hari kerana segala proses dijalankan secara manual. Tahap ke dalaman telaga sedalam 11 meter atau 12 meter dan bergantung jenis tanah.

  1. Menggali tanah (1 hari)
  2. Memasukkan gelung batu (1 Hari)
  3. Simen keliling telaga (1 Hari)
  4. Finishing (Pengeringan dan tampal bingkai nama peserta-1 Hari).

APA KATA PENERIMA

…..Alhamdulillah,terima kasih orang yang wakaf telaga pada kami yang miskin ini, kami memang tak mampu mahu ada sendiri air ini. Jadi nak dapat air elok, taking air hujan untuk dapat air bersih. Minta pada jiran yang ada air. Sekarang syukur kerana orang Malaysia bagi telaga. Moga murah rezeki kepada orang yang memberi ini dan pahalanya mengalir. Amiin….”- Mak Cik Raudah Arifin

SUMBANGAN WAKAF MASIH DIPERLUKAN

Untuk makluman, sumbangan wakaf telaga air Kemboja ini tiada tarikh tutupnya dan penyertaan terus dibuka pada yang berminat untuk membuat wakaf. Pihak Al-I’tisam di bawah projek Cambodia Care atau Prihatin Kemboja amat mengalu-alukan penyertaan anda. Manakala progres pembinaan akan dimaklumkan di dalam website ini.

JIKA ANDA BERMINAT MENJADI PESERTA

Terus klik borang penyertaan yang tertera di pautan ini …………

HARGA SEBUAH TELAGA

1 buah telaga RM1700 dengan meletakkan 10 nama peserta, manakala anda juga boleh berwakaf untuk 1 lot (1 nama beharga RM170).