PROJEK EKONOMI AYAM KAMPUNG

Donations can be channeled to our account:

Al-I’tisam Relief Program Association

💳Malayan Banking Berhad
    MAYBANK : 562478141589
    (SWIFT CODE: MBBEMYKL)
💳CIMB Islamic Bank Berhad
    CIMB : 8600633583
    (SWIFT CODE: CTBBMYKL)
💳Bank Islam Malaysia Berhad
    BIMB : 12038010114731
    (SWIFT CODE: BIMBMYKL)

TERNAKAN AYAM KAMPUNG

PENGENALAN

Muslim Kemboja di kawasan pedalaman sinonim dengan kemiskinan. Ada diantara mereka yang tinggal di dalam sampan serta keadaan rumah yang kian hari mereput dimakan anai-anai. Peluang pekerjaan terhad hingga menyebabkan tiada sumber pendapatan tetap hingga hidup terpinggir dari segala kemudahan. Kekurangan ini telah menghalang pembangunan kaum muslim  hingga terus hidup dalam serba kedhaifan.

Al-I’tisam memulakan projek di Kemboja  sejak tahun 2012 lagi dengan memberi bantuan kemanusiaan di kawasan pedalaman dalam tempoh jangka pendek. Sepanjang tempoh itu, Al-I’tisam menyedari bahawa masyarakat muslim Kemboja perlu segera dibantu dengan bantuan jangka panjang.

Untuk memberi bantuan jangka pendek seperti makanan, telaga air bersih, al-quran, pakaian, Korban semasa perayaan merupakan aktiviti yang baik dan memperlihatkan keprihatinan masyarakat lain  terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Namun kesannya adalah terhad dan hanya seketika. Apa yang diperlukan buat mereka di Kemboja adalah projek jangka panjang. Sebuah projek yang membantu memberi sumber ekonomi. 

TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Projek ternakan ayam kampung merupakan satu sumber pendapatan yang mudah untuk diusahakan dan selari dalam kehidupan masyarakat Kampung. Walaupun ianya mengambil masa yang agak lama  kerana menanti pembesaran ternakan namun amat berbaloi sekali.

Matlamat Projek:

  • Sumber pendapatan
  • Sumber makanan (Terutamanya kanak-kanak)
  • Meningkatkan ekonomi
  • Peluang pekerjaan
  • Membasmi Kemiskinan

Kelebihan Ayam Kampung

  • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had

Cara Penjaagaan

Tempoh Tumbesaran Ayam Kampungs

  • Bagi ayam kampung asli biasa tempoh matang bagi seekor betina adalah 6 bulan dan bagi seekor ayam jantan antara 8-12 bulan.

Pemakanan Ayam

  • Makanan Campuran atau Sisa Makanan
  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  • Ikan baja dan lain-lain.

Pakej Tajaan Ternakan Ayam Kampung

1 Keluarga 10 Ekor Anak Ayam

Pakej ini menyumbangkan sepuluh ekor anak ayam (2 ekor jantan & 8 ekor betina) dalam usia lebih kurang 3 minggu kepada asnaf yang terpilih. Mereka perlu menjaga dan mengusahakan ternakan ini hingga anak-anak ayam ini membesar dengan sihat dan membiak.

Pakej Tajaan (RM70)

Satu pakej tajaan RM70 hanya untuk membekalkan anak ayam sahaja. Penjagaan diuruskan sepenuhnya oleh penerima.

Pemantauan Projek

Bagi menyuntik semangat penerima dalam projek ternakan ayam kampung ini untuk dilihat lebih berjaya. Sukarelawan Al-I’tisam di Kemboja akan memantau proses pembesaran anak-anak ayam dalam tempoh enam bulan. Setiap satu bulan satu laporan perkembangan ternakan ayam akan diterima dari penerima. Ianya bertujuan bagi memastikan projek ini mencapai objektifnya.

Sumbangan Tajaan Diaperlukan

Projek ini mengharapkan sumbangan tajaan dari orang ramai bagi mendidik muslim Kemboja untuk maju kehadapan serta mengubah nasib hidup mereka. Mereka mampu berdikari namun peluang masih belum terbuka buatnya. Justeru itu, bersama kita untuk membantu mereka dalam manaja projek Ternakan Ayam Kampung ini agar suatu ketika mereka akan berjaya dengan mengusahakan peluang ekonomi yang diberikan oleh Al-I’tisam.

Donations can be channeled to our account:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

SPREAD THE NEWS

We are very grateful to you for sharing this donation campaign to social media below. It really helps expose the campaign we propose to the community out there. Click on any button below:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Access Now!
OFFER ENDING SOON
Save 50%
Personal Trainer
FREE Nutrition
Custom Workout App
Get Access Now!
Get Access Now! & Save 50%
Personal Trainer FREE Nutrition Custom Workout App
Get Access Now!