Projek Joran

Apa itu Projek Joran?

Fokus utama Al-‘Itisam ialah memberi bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan melalui initiatif projek Al-‘Itisam FoodBank. Namun bantuan makanan hanya bersifat sementara dan mungkin tidak menyelesaikan masalah jangka panjang dihadapi sesetengah orang. Maka melalui Projek Joran ini, ketika diberi bantuan makanan setiap bulan Al-‘Itisam juga mengenal pasti bagaimana membantu mereka supaya boleh berdikari untuk jangka panjang.

Jika ada yang rajin berniaga gerai tetapi perlukan peralatan tertentu untuk berniaga, kami bantu. Jika ada yang gaji kecil tetapi tidak cukup untuk kelangsungan hidup, beliau ingin menambah pendapatan dengan ambil upah memotong rumput, kami belikan mesin potong rumput. Asalkan modal kecil, Al-‘Itisam akan cuba membantu.

"Beri joran dan ajar memancing ikan"

Seperti kata pepatah, “Jangan beri ikan, berilah joran dan ajar memancing ikan”. Tidak semua orang memerlukan bantuan bulanan, ada di kalangan mereka yang mampu berusaha menambah pendapatan tetapi tidak mampu walaupun modal kecil. Maka setelah dipastikan mereka benar-benar rajin dan mampu berusaha, Al-‘Itisam cari dana dan taja apa yang diperlukan untuk mereka mula berniaga atau kerja ambil upah.

Antara bentuk bantuan yang telah dilaksanakan di bawah Projek Joran ini ialah:

(1) KLANG: Bantuan mesin potong rumput – penerima seorang pesara tapi masih perlu bekerja untuk kelangsungan hidup dia dan isteri, kini mampu menambah pendapatan RM20 – RM50 satu rumah dengan ambil upah potong rumput.

(2) CHERAS: Bantuan Oven – penerima seorang isteri yang suaminya pesakit strok dan lumpuh separuh badan, anak-anak masih bersekolah. Dengan oven ini beliau menambah pendapatan dengan menjual biskut dan kuih penerang, selain gerai nasi lemak di hadapan rumah. Al-‘Itisam juga membantu mempromosikan biskut dan kuih penerang beliau.

(3) BALING: Membesarkan kandang kambing – penoreh getah, anak-anak masih bersekolah. Belakang rumah beliau usahakan ternakan kambing. Beliau nampak potensi untuk menambah pendapatan melalui menternak kambing tapi kandang terlalu kecil dan tiada modal. Al-‘Itisam telah bantu bina kandang baru, kini mampu muatkan 10 ekor kambing dan boleh ditambah lagi 10 ekor.

(4) SG BULOH: Bantuan peralatan dan bahan mentah berniaga burger dan roti John – beliau kehilangan kerja ketika PKP. Anak ramai, suami sakit. Anak sulung bantu keluarga dengan berniaga burger dan roti John.

(5) SETAPAK: Bantuan khemah dan oven – suami tidak sihat tidak boleh bekerja, tapi ingin buka gerai nasi lemak dan jual kuih muih. Isteri baru dapat kerja di Giant. Anak-anak masih bersekolah. Tinggal di rumah di PPR tiada letrik selama lebih setahun kerana tidak bayar bil. Al-‘Itisam belikan khemah dan oven serta bayarkan bil letrik di rumah.

(6) TAPAH: Bantuan khemah dan bahan mentah – suami terpaksa berhenti kerja untuk menjaga isteri sepenuh masa kerana isteri kanser tahap 4. Berbagai masalah kewangan dihadapi. Kini masalah kereta lama sudah tersadai, motor juga rosak. Maka suami juga susah hendak keluar berniaga.

(7) KLUANG: Bantuan Kiosk – muallaf ibu tunggal dengan anak-anak kecil sentiasa berusaha tanpa harap bantuan. Tetapi beliau diuji apabila Majlis Perbandaran terpaksa angkut khemah dan meja di gerai beliau kerana berniaga di tempat salah walaupun memiliki lesen sementara. Al-‘Itisam telah membelikan Kiosk yang membolehkan beliau berniaga semula di tapak yang dibenarkan oleh Majlis Perbandaran.

 

 

Sumbangan anda diperlukan!

Adakah anda bersama kami untuk membantu lebih ramai seperti ini?

BANTU VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

atau klik pada butang dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Access Now!
OFFER ENDING SOON
Save 50%
Personal Trainer
FREE Nutrition
Custom Workout App
Get Access Now!
Get Access Now! & Save 50%
Personal Trainer FREE Nutrition Custom Workout App
Get Access Now!