PROJEK SEKOLAH VOKASIONAL

Donations can be channeled to our account:

Al-I’tisam Relief Program Association

💳Malayan Banking Berhad
    MAYBANK : 562478141589
    (SWIFT CODE: MBBEMYKL)
💳CIMB Islamic Bank Berhad
    CIMB : 8600633583
    (SWIFT CODE: CTBBMYKL)
💳Bank Islam Malaysia Berhad
    BIMB : 12038010114731
    (SWIFT CODE: BIMBMYKL)

PROJEK SEKOLAH VOKASIONAL

Projek Sekolah Vokasional Al-I’tisam ditubuhkan bagi melatih masyarakat Kemboja yang tercicir dalam pendidikan terutamanya golongan muda dari kawasan luar bandar mempunyai pendidikan rasmi. Sekolah ini memfokuskan kepada pengetahuan teknikal yang mudah serta diperlukan bagi membina kerjaya. Pengetahuan dalam bidang yang ada di sekolah vokasional ini membolehkan mereka melakukan perniagaan kecil atau mencari pekerjaan yang sesuai dalam bidang yang mereka pelajari.

Satu kajian  yang dilakukan oleh organisasi antarabangsa mendapati bahawa kira-kira 20% pelajar dari peringkat sekolah rendah meninggalkan persekolahan untuk mencari pekerjaan. Lebih tinggi yang berlaku di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF

Penubuhan “Cambodia Care” Al-I’tisam Relief Program memfokuskan kepada bantuan jangka masa panjang atau Pembangunan Modal Insan (Pusat Vokasional).

1).           Mengurangkan kadar kemiskinan dan masalah sosial dikalangan anak-

anak muda
2).           Mendidik masyarakat Kemboja untuk berdikari
3).           Memberi peluang pekerjaan
4).           Meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Kemboja
5).           Memberi pendidikan kemahiran
6).           Mengurangkan masalah gejala sosial
7).           Menghasilkan prodak halal Kemboja

KELOMPOK SASARAN

Kelompok sasaran di Sekolah Vokasional Al-I’tisam merupakan golongan belia Kemboja yang berumur 15-20 tahun.

TAWARAN KURSUS LATIHAN

Kursus yang ditawarkan merupakan latihan kemahiran seperti;

  • Program jahitan dan jahitan (sedia ada)
  • Latihan komputer (sedia ada)
  • Sistem Perpaipan
  • Pendawaian Elektrik
  • Pertanian
  • Perniagaan perkilangan makanan berskala kecil (Kicap, tomato,sos cili & lain-lain).
  • Penghasilan roti,biskut dan pastri.


Anggaran kos
Bagi menrealisasikan projek Sekolah Vokasional ini, Al-I’tisam telah membeli tanah berukuran 49meter (lebar) x 63meter (panjang). Secara keseluruhan pembinaan projek Sekolah Vokasional ini dianggarkan sebanyak RM1,500,000.00

Fasa (1)

  1. Jambatan laluan utama ke sekolah vokasional.
  2. Tambak tapak tanah bangunan Sekolah
  3. Bangunan dua tingkat akan di bina bagi menempatkan aktiviti sedia ada dan pejabat pengurusan serta dilengkapi dengan surau dan kantin.
  4. Pagar Sekolah.
  5. Kelengkapan pembelajaran.


Fasa (2 &3)

  1. Bangunan dua tingkat Sekolah.
  2. Penambahan kelengkapan pembelajaran.


KENAPA KEMBOJA

Kos kehidupan di luar bandar Kemboja hidup sebanyak USD 1.00 sehari. Hampir 4,800,000 masyarakat Kemboja hidup dalam kemiskinan dan 90% daripadanya adalah di kawasan luar bandar. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai petani dan nelayan secara kecil-kecilan bagi menyara kehidupan seharian. Kelompok ini merupakan golongan yang paling tinggi jumlah tercicir dalam pendidikan.

Anak-anak yang tercicir dalam pendidikan akan berakhir dengan pekerjaan. Manakala yang kurang berkemampuan akan menjadi pekerja asing di negara jiran seperti Malaysia,Thailand dan juga di Vietnam.

Tidak ada angka rasmi bagi menunjukkan bilangan penghijrahan mereka  tetapi secara tidak langsung  dianggarkan lebih kurang seramai 300,000 orang. Mereka terpaksa berhijrah dan menjadi pekerja asing untuk mencari peluang pekerjaan dan sumber pendapatan. Manakala di negara sendiri amat terhad untuk mendapatkan peluang pekerjaan hingga memaksa mereka untuk berhijrah.

DANA DIPERLUKAN

Teruskan menyumbang bagi pembinaan sekolah vokasional ini agar kemiskinan yang dilalui kini akan mengubah masa depan muslim Kemboja yang sinonim dengan kemiskinan.

Donations can be channeled to our account:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

or click on the button below:

SPREAD THE NEWS

We are very grateful to you for sharing this donation campaign to social media below. It really helps expose the campaign we propose to the community out there. Click on any button below:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Access Now!
OFFER ENDING SOON
Save 50%
Personal Trainer
FREE Nutrition
Custom Workout App
Get Access Now!
Get Access Now! & Save 50%
Personal Trainer FREE Nutrition Custom Workout App
Get Access Now!