RAYUAN SUMBANGAN DANA MISI BANJIR PANTAI TIMUR (Misi 1)

Al-I’tisam Relief Program Association merancang untuk mengadakan misi bantuan kecemasan banjir ke Daerah Tumpat pada hari Rabu, 4hb Disember.

Hasil tinjauan kami ke Daerah Tumpat pada hari Jumaat lepas, dianggarkan 6,000 buah keluarga mengandungi hampir 30,000 ahli dijangka terjejas akibat banjir dan memerlukan bantuan.

  • Tarikh kutipan 10/12/2019 – 24/12/2019
  • Sasaran kutipan RM30,000
  • Anggaran mangsa: 7,500 keluarga

Kami sedang berusaha mengumpul 1,000 pek makanan dan wang tunai RM30,000 untuk menampung kos bantuan yang akan dibawa kesana nanti.

Sumbangan barang makanan boleh dihantar ke pejabat kami dan masukan dalam drop box di depan pejabat pada bila-bila masa.

Keadaan air banjir sekarang terus meningkat. Dua sungai utama di Daerah Tumpat iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Golok telah pun melepasi tahap bahaya dan amaran merah sudah dikeluarkan.

Walaupun hujan di Tumpat hari ini sudah berhenti tetapi air banjir dikawasan hulu terutama dari Kuala Krai mula sampai di Tumpat menyebabkan banjir bertambah buruk.

Oleh yang demikian, kami mohon keprihatinan dan sokongan anda kepada misi kami ini. Mohon doakan juga misi kami berjaya dilaksanakan dan semua sukarelawan kami sentiasa dalam keadaan selamat dan terhindar dari sebarang bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *