Rezeki Jumaat Dapat Mengalas Perut Dari Terus Berlapar
PKP di Malaysia darurat di Kemboja. Warga emas di Kemboja tidak cukup makanan disebabkan anak-anak yang bekerja di luar Kemboja terutamanya di Malaysia tidak dapat menghantar sumber kewangan kepada ibu bapa di kampung berikutan pendapatan majikan merosot dan tidak kurang juga yang dibuang kerja serta merta.
Bagi meringankan beban yang ditanggung,30 keluarga telah menerima bantuan makanan yang mampu bertahan dalam tempoh satu ke dua bulan