Sadaqah Ramadhan 2020/1441H

Detik ke Ramadhan

Kami ingin memohon sokongan dan tajaan tuan puan kepada Program Kebajikan Sedekah Ramadhan 2020/1441H Al-I’tisam bagi menyediakan bantuan makanan kepada MANGSA PERANG, MANGSA PENINDASAN dan WARGA ASNAF di 9 NEGARA bagi memastikan mereka mampu melaksanakan kewajipan berpuasa sebagaimana DIWAJIBKAN kepada semua umat Islam di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan.

Please help to sponsor our SADAQAH RAMADHAN CHARITY PROGRAM to feed the WAR VICTIMS, the OPPRESSED and the NEEDY in 9 COUNTRIES to allow them the meet their OBLIGATIONS as a Muslim during the holy month of Ramadhan.

English Collapse

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Al-I’tisam Relief Program Association

💳MAYBANK : 562478141589

💳CIMB : 8600633583

💳BIMB : 12038010114731

PROGRAM KEBAJIKAN SEDEKAH RAMADHAN tahun ini bertujuan memberi makan kepada seramai 365,000 ORANG umat Islam di sepanjang bulan tersebut. Mereka ini SANGAT-SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN MAKANAN daripada tuan puan disebabkan suasana kehidupan di negara mereka yang sedang MENUJU KEMUSNAHAN AKIBAT PERSENGKETAAN SERTA PEPERANGAN yang berterusan sejak sekian lama.

The SADAQAH RAMADHAN CHARITY PROGRAM this year aimed to feed a total 365,000 PEOPLE during the whole month of Ramadhan. These people DESPERATELY NEED YOUR HELP FOR FOOD as a result of the humanitarian situation in their countries that has PROGRESSIVELY DETERIORATED for many years due to conflicts and war.

English Collapse

Seperti tahun-tahun sebelum ini, PROGRAM KEBAJIKAN SEDEKAH RAMADHAN 2020/1441H akan dilaksanakan khas untuk; umat Islam di negara-negara yang menghadapi kemusnahan perang [YEMEN, SYRIA, PALESTIN], warga ROHINGYA yang dizalimi dan ditindas [BANGLADESH, MALAYSIA dan MYANMAR], umat Islam yang miskin dan terpinggir [INDIA, NEPAL, KEMBOJA]; dan tidak juga dilupakan warga asnaf di negara Malaysia tercinta.

As per the previous years, the SADAQAH RAMADHAN CHARITY PROGRAM 2020/1441H is to be carried out in war-torn countries [YEMEN, SYRIA and PALESTINE], to feed the highly oppressed Rohingya [BANGLADESH, MALAYSIA and MYANMAR], to feed the needy and marginalised Muslim [INDIA, NEPAL and CAMBODIA]; and not to forget the needy Malaysian too.

English Collapse

Mengapa Program Kebajikan Sedekah Ramadhan 2020/1441H sangat penting?

Kami telah melaksanakan kerja-kerja kebajikan di negara-negara yang disebutkan, ada yang semenjak tahun 2013 lagi. Kami mempunyai banyak pengalaman untuk benar-benar memahami bagaimana SUKARNYA mereka untuk memastikan keluarga mempunyai makanan setiap hari BUKAN sahaja pada bulan Ramadhan MALAH di setiap hari di sepanjang tahun. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan sehingga ke bulan Ramadhan yang akan datang, isu makanan akan menjadi masalah PALING RUMIT bagi mereka. Masalah kekurangan makanan ini menjadi lebih ketara di bulan Ramadhan dimana semua umat Islam diwajibkan berpuasa dan memerlukan makanan yang mencukupi untuk bersahur sebelum subuh dan berbuka puasa pada waktu Maghrib.

TANPA bantuan makanan daripada kita, kemungkinan mereka TIDAK akan dapat melaksanakan kewajipan berpuasa itu nanti. Semoga Allah mengampunkan kita jika kita alpa dalam melaksanakan tanggungjawab ini dimasa lalu.

We have been working in the above mentioned countries, some as far back as 2013. We have a lot of experiences to really understand how DIFFICULT it is for them to put food on the table not only in Ramadhan but on ANY day of the year. The situation if allowed to continue into Ramadhan, it will pose a BIG CHALLENGE to them, especially to observe the MANDATORY fasting in Ramadhan where they need sufficient foods to have their sahur (meal before dawn) and to break their fast at dusk.

English Collapse

Kenapa kita harus memberi sedekah?

Sesungguhnya semua orang Islam bersaudara. Bersaudara bermakna kita saling sayang menyayangi antara satu dengan yang lain, mengambil berat tentang masalah saudara kita, kita dapat merasakan keperitan hidup yang ditanggung oleh mereka. Mungkin kita terpisah beribu batu, mungkin juga kita tidak pernah mengenali antara satu dengan yang lain, tiada langsung pertalian darah, namun kita tetap sayangkan saudara seIslam kita KERANA kita diikat oleh syahadah yang menjadikan kita seorang Islam yang bersaudara dengan orang Islam yang lain.

Ini bermakna sebagai orang beriman kita menyayangi saudara seIslam kita seperti kita menyayangi diri sendiri. Kita tidak akan membenci sesama sendiri, sentiasa BERMURAH HATI sesama kita, dan sentiasa menunjukkan akhlak yang baik antara satu dengan yang lain.

All Muslim are brothers. As brothers, we truly love one another, we care for each other, we feel the pain and the difficulty of other Muslim. We can be thousands of miles apart, maybe we have never heard of or met one another, have no blood relationship with them, but we still love and care for each other because we are bonded by our syahadah that make us Muslim.

This means we the believers love for each other what they love for themselves. They avoid harming one another, they are generous with one another, and they behave in the best manner towards one another.

English Collapse

Apakah ganjaran yang saya perolehi jika memberi sedekah?

Maksud anda apa ganjaran yang anda akan perolehi jika memberi MAKAN atau BANTUAN kepada golongan asnaf di bulan Ramadhan?

Allah menyatakan berulang kali di dalam Al-Quran berkenaan peranan amal kebajikan dalam Islam dan ganjaran yang menunggu kita [didunia dan diakhirat] terhadap amal kebajikan yang kita lakukan. Rasulullah SAW juga menyatakan di dalam banyak hadis tentang kepentingan melakukan amal kebajikan. Kami kongsikan disini dua petikan ayat Al-Quran dan sebuah hadis berkenaan ganjaran bakal diterima kerana melakukan amal kebajikan.

  1. jika kita membantu orang lain semata-mata kerana Allah, Allah akan menggandakan pahala kita lebih daripada 700 kali.
  2. pada hari kiamat, hari yang disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran sebagai;
    Maksudnya: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,” (Al-Quran, 26:88)
    IAITU hari dimana tidak ada sesiapa mendapat pertolongan dari yang lain, TETAPI Allah SWT menegaskan bahawa pada hari tersebut, SESIAPA yang pernah memberi makan orang miskin dan mereka yang memerlukan bantuan semata-mata kerana Allah akan dikurniakan ganjaran seperti berikut.

  3. Sedekah boleh melindungi kita dari api neraka.
    Rasulullah SAW bersabda, “Jagalah diri kalian dari api neraka, meski hanya dengan bersedekah sepotong kurma”.
    Maka ambil lah peluang untuk bersedekah semampu mungkin dibulan Ramadhan yang penuh berkat ini, dibulan dimana pahala kebaikan digandakan ratusan kaIi ganda.

You mean what do you get if you FEED the needy during Ramadhan?

Allah has mentioned multiple times in the Al-Quran on the role of charity in Islam and the reward awaiting us, now and the hereafter, for the charity we give. The messenger of Allah SAW has also said in many of his Hadith on the necessity of us giving charity. We shared herewith three from the many verses of Al-Quran and Hadith on the rewards for giving charity.

  1. if you help others for the sake of Allah, Allah will give you back MORE than 700 times in return.
  2. on the day of Qiyamah or Yawm Al-Qiyamah, the day described by Allah in Al-Quran as, “The Day whereon neither WEALTH NOR SONS will avail.” (Al-Quran, 28:8),
    that is the day no one will get any help from others, BUT Allah asserted that, on that day, THOSE  who FEED the needy for the love of Allah will be rewarded as follows.

English Collapse

Bagaimana jika saya kurang berkemampuan dan mungkin tidak cukup wang untuk bersedekah?

Abu Musa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, Maksudnya, “Setiap Muslim wajib bersedekah.”

🔸 Salah seorang daripada sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak sanggup?.”

🔹 Rasulullah SAW menjawab, “Dia harus bekerja untuk memberi manafaat kepada dirinya sendiri, dan supaya dapat BERSEDEKAH.”

🔸 Sahabat bertanya lagi, “Bagaimana kalau tidak sanggup juga?.”

🔹 Rasullullah SAW menjawab, “Menolong orang yang memerlukan pertolongan.”

🔸 Sahabat bertanya lagi, “Bagaimana kalau itu pun tidak sanggup wahai Rasulullah?.”

🔹 Rasulullah SAW menjawab, “Dia melakukan kebaikan dan menahan diri daripada melakukan kejahatan, itu pun sedekah.”

Bahawa sekarang fahamlah kita tentang kewajipan bersedekah kepada orang Islam yang lain dan cara-cara melakukannya dalam pelbagai keadaan walaupun tidak berkemampuan melakukannya dalam bentuk harta benda atau wang ringgit.

JIKA anda adalah seseorang yang direzekikan oleh Allah SWT untuk membaca kempen PROGRAM KEBAJIKAN SEDEKAH RAMADHAN 2020/1441H ini, dan anda tidak mampu bersedekah wang ringgit; kami mohon DOAKANLAH kami dan VIRALKAN kempen ini dikalangan kenalan anda, supaya ramai orang lain yang mampu untuk menyampaikan sedekah mereka dapat berbuat demikian. Kami yakin Allah SWT juga akan mengganjari anda sebanyak mana pahala orang yang bersedekah tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya.

What if I’m a needy too and I cannot afford to give sadaqah?

 

Abu Musa narrated that the Messenger of Allah SAW said,

“Every Muslim has to give in sadaqah (charity).” 🔸The people asked, “O Allah’s Messenger (SAW)! If someone has nothing to give, what will he do?”

🔹He said, “He should work with his hands and benefit himself and also give in charity (from what he earns).”

🔸The people further asked, “If he cannot do even that?”

🔹He replied, “Then he should help the needy who appeal for help.”

🔸Then the people asked, “If he cannot do that?”

🔹He replied, “Then he should perform all that is good and keep away from all that is evil and this will be regarded as charitable deeds.” (Bukhari Vol. 2, Hadith 524)

English Collapse

Dimanakah Program Kebajikan Sedekah Ramadhan ini dilaksanakan?

Di bulan suci Ramadhan, bulan kasih sayang, bulan kebajikan dan bulan pengampunan, NGO Al-I’tisam Relief Program Association merancang untuk melaksanakan Program Kebajikan Sedekah Ramadhan di 9 buah negara; iaitu Yemen, Syria, Palestine, Bangladesh (Rohingya), Myanmar (Rohingya), India, Nepal, Cambodia dan Malaysia.

Selalunya, dalam Program Kebajikan Ramadhan ini, kami akan menyampaikan bentuk-bentuk bantuan seperti berikut;

  1. Pakej makanan; Pakej tersebut mengandungi diantara 10 ke 15 jenis makanan yang biasa dimakan oleh penduduk setempat. Kami menyediakan jumlah makanan yang dijangka mencukupi untuk sebulan penuh bulan Ramadhan tersebut. Edaran pakej makanan seperti ini biasa kami lakukan di Syria, Palestine, India, Nepal, Cambodia, Bangladesh (Rohingya) dan Malaysia. Di negara-negara yang disebutkan tadi, kami mensasarkan tidak kurang daripada 7,000 keluarga atau 35,000 orang TIDAK AKAN KEBULURAN di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini, Insya-Allah.
  2. Makanan-bermasak-sedia-dimakan; kami merancang untuk membuka satu atau dua buah dapur di lokasi terpilih. Makanan sudah bermasak akan diedarkan setiap hari sebelum waktu mereka berbuka puasa. Setiap dapur ini akan menyediakan diantara 500 pek ke 1000 pek makanan setiap hari. Kami membuka dapur seperti ini sejak 3 tahun lepas di Arakan (Myanmar). Ramadhan tahun ini, sasaran kami adalah untuk memberi makan 30,000 orang di Arakan.
  3. Roti segar; Edaran roti segar adalah khas untuk negara Yemen sahaja. Kami mempunyai 2 buah kilang roti disana; satu di Zabid (Hodeidah) dan sebuah lagi di Sana’a. Pada Ramadhan akan datang, kedua buah kilang roti ini akan menggandakan pengeluarannya bagi menghasilkan 20,000 buah roti setiap hari dan diedarkan di kem-kem pelarian yang sudah dikenal pasti terletak dalam lingkungan 30km radius daripada kilang roti kami. Sasarannya ialah untuk memberi MAKAN 60,000 keluarga atau 300,000 orang disepanjang bulan Ramadhan nanti.

What if I’m a needy too and I cannot afford to give sadaqah?

 

Abu Musa narrated that the Messenger of Allah SAW said,

“Every Muslim has to give in sadaqah (charity).” 🔸The people asked, “O Allah’s Messenger (SAW)! If someone has nothing to give, what will he do?”

🔹He said, “He should work with his hands and benefit himself and also give in charity (from what he earns).”

🔸The people further asked, “If he cannot do even that?”

🔹He replied, “Then he should help the needy who appeal for help.”

🔸Then the people asked, “If he cannot do that?”

🔹He replied, “Then he should perform all that is good and keep away from all that is evil and this will be regarded as charitable deeds.” (Bukhari Vol. 2, Hadith 524)

English Collapse

Bilakah masa terbaik untuk saya menyampaikan sedekah saya?

Izinkan kami mencadangkan penyampaian sedekah tuan puan dimulakan SEKARANG! Pertimbangkan untuk bersedekah sebanyak RM5.00 pada setiap hari Jumaat mulai minggu ini DAN meneruskannya secara konsisten sehingga hari terakhir Ramadhan. Apabila Syawal menjelma, tuan puan akan terkejut sebab tanpa disangka-sangka tuan puan telah MENGUMPUL sejumlah sedekah yang kemungkinan sukar dilaksanakan jika sekaligus.

We would like to suggest for you to start giving out your sadaqah NOW. Maybe you can start with $5.00 per week and to continue consistently until the last day of Ramadhan. When Ramadhan ends, you might surprise yourself because you have successfully accumulated a certain amount of sadaqah which you might find difficult to give out if you have to do it in one lump sum.

English Collapse

Penegasan

Kami ingin membuat penegasan bahawa sedekah yang kami terima untuk PROGRAM KEBAJIKAN SEDEKAH RAMADHAN akan HANYA digunakan untuk program ini sahaja. Oleh yang demikian, kami amat mengharapkan untuk tuan puan mula menyampaikan sedekah tuan puan BUKAN sahaja dibulan Ramadhan tetapi daripada sebelum bulan suci itu bermula lagi.

Program Kebajikan Sedekah Ramadhan akan kami laksanakan di 9 buah negara seperti yang dinyatakan sebelum ini. Ada diantara negara-negara tersebut telah hancur oleh pelbagai konflik yang berpanjangan. Bagi melakukan perjalanan di negara-negara yang dimaksudkan memerlukan perancangan rapi kerana keadaan yang sangat bahaya. Dalam negara tertentu, surat kebenaran perlu dipohon terlebih dahulu daripada pihak-pihak yang berperang. Ini bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan. Semua ini perlu diuruskan awal bagi memastikan perjalanan dan program yang akan dilaksanakan selamat tanpa sebarang gangguan.

Please be assured that the sadaqah we received for the Sadaqah Ramadhan Charity Program will be fully used DURING Ramadhan only. For that reason, we do appreciate it very much to receive your sadaqah not only during Ramadhan but also before the holy month began.

Our Sadaqah Ramadhan Charity Program will be carried out in 9 different countries as mentioned earlier. Some of these countries have been ravaged by conflicts for many years. To travel from one town to another would require careful planning and could dangerous too. In certain areas, permission from all parties in conflicts have to be obtained before hand. We have to make sure it is safe for us to travel and to carry out our programs in that area.

 

All the planning and preparation require a lot of time. If we want to start the program on the first day of Ramadhan, for example, we have to get all necessary permission weeks earlier. The equipments and food items have to be bought and brought in several days before the first day of Ramadhan.

Therefore, the earlier you give your Sadaqah Ramadhan, the better would be the preparation and the implementation of the Sadaqah Ramadhan Charity Program this year.

English Collapse

SPREAD THE NEWS

We are very grateful to you for sharing this donation campaign to social media below. It really helps expose the campaign we propose to the community out there. Click on any button below:

HULURKAN SUMBANGAN ANDA

Sadaqah Ramadhan 2020

Menyediakan bantuan makanan kepada MANGSA PERANG, MANGSA PENINDASAN dan WARGA ASNAF di 9 NEGARA
  • Masukkan Jumlah Pilihan
  • RM 0.00
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Total Views: 8454 ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *