SAVE ROHINGYA – WINTER AID 2019

Musim sejuk kini mula melanda negara-negara seperti Myanmar dan Bangladesh.

Sebagaimana yang kita semua maklum Arakan di Myanmar dan Selatan Cox’s Bazar di Bangladesh menjadi lokasi penempatan jutaan masyarakat pelarian Rohingya akibat krisis operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh kerajaan Myanmar sejak sekian lama.

Selain diancam kematian akibat kebuluran, penyakit berjangkit dan penindasan yang berlaku, mereka juga terancam oleh cuaca sejuk yang melampau terutama pada waktu malam.

Laporan kematian akibat cuaca sejuk melampau dilaporkan hampir setiap tahun selepas operasi ketenteraan terbesar pada Ogos 2017 yang menyaksikan hampir 750,000 orang Rohingya lari ke Bangladesh.

Ramai yang menjadi mangsa korban terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak akibat tidak mampu memiliki baju sejuk/selimut dan kekurangan bekalan makanan pada musim sejuk.

Pada tahun 2018 Al-I’tisam Relief Program Association telah menyalurkan sumbangan musim sejuk kepada pelarian Rohingya berupa susu untuk bayi, barangan makanan dan selimut.

Ringkasan bantuan Winter Aid Rohingya 2018:

  • Selimut – 1350 pcs
  • Barangan makanan- 135 pek makanan
  • Susu bayi – 200 pek x 1kg

Jumlah keseluruhan penerima manafaat – 3375 orang pelarian.

Pada tahun ini Al-I’tisam Relief Program Association bercadang untuk memberi bantuan kepadan 5000 orang pelarian Rohingya/golongan sasaran.

Harapan ini tidak mungkin tercapai tanpa bantuan dan sokongan para penyumbang di luar sana.

BANTU VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

atau klik pada butang dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *