MENGAPA ROHINGYA?

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), etnik rohingya merupakan etnik moniriti yang paling tertindas dan teraniaya di dunia. “Dibunuh di negara sendiri dan dizalimi di negara asing”.

Begitulah boleh diumpamakan kepada masyarakat etnik Rohingya yang kini berselerakan di seluruh dunia mencari perlindungan berikutan siri keganasan tentera dan pelampau Buddha di Rakhine State, Myanmar.

Etnik Rohingya telah ditindas sekian lama kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara oleh pemerintah Myanmar.

Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784. Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar.

Bahkan lebih kurang seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962. Junta tentera menetapkan peraturan yang ketat kepada perjalanan agama selain Buddha di Myanmar.

dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784. Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan lebih kurang seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962. Junta tentera menetapkan peraturan yang ketat kepada perjalanan agama selain Buddha di Myanmar.

berlaku apabila Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Citizenship Act of Burma) diperkenalkan pada tahun 1982. Akta ini diluluskan oleh Ne Win (Panglima tentera merangkap Perdana Myanmar pada masa itu)yang bertujuan mahu menghapuskan terus etnik Rohingya dari peta Myanmar. Ini menyebabkan Kementerian Luar Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai sebahagian daripada kumpulan etnik di Myanmar.

ke atas masyarakat Rohingya adalah Operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 Tahun Pembasmian Rohingya (The 20-year Rohingya Extermination Plan).

secara umumnya bertujuan menangkap pendatang haram di Myanmar terutamanya dari China, Bangladesh, India dan Nepal. Namun tujuan yang terselindung di sebalik operasi ini adalah ke atas orang Rohingya yang sememangnya tiada pengenalan diri.

bertindak menentang balas. Penentangan balas ini kemudiannya dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam ke atas mereka. Ketika operasi ini berkembang ke Buthidaung dan Maungdaw, beratus-ratus Muslim lelaki dan wanita dihumban ke dalam penjara. Ada yang diseksa dan dibunuh. Kaum wanita pula dirogol. Kekejaman ini menyebabkan sebahagian besar Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan menjadi pelarian.

dilancarkan kempen pembasmian etnik termasuk orang Rohingya dengan kod nama “Pyi Thaya”. Dalam operasi ini, penyeksaan dan kezaliman ke atas orang Rohingya terus berlanjutan. Mereka ditangkap, dibunuh malah kaum wanitanya dirogol. Tempat tinggal mereka dan masjid turut dimusnahkan. Malah pada 2001, ratusan masjid dimusnahkan.

dan kesengsaraan yang di alami etnik Rohingya yang disenyapkan atau disembunyikan daripada pengetahuan umum. Terbaru operasi pembersihan etnik dilakukan oleh pihak tentera Myanmar pada Ogos 2017. Lebih 750,000 orang Rohingya lari ke Bangladesh selepas Myanmar melancarkan operasi pembersihan dan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mahu kepimpinan tertinggi tentera negara didakwa bagi genosid kerana didakwa melakukan kesalahan sewaktu pengusiran itu.

ramai masyarakat Rohingya yang dibunuh kejam samada dibakar hidup-hidup, dirogol sebelum dibunuh, disiksa dan dan dirampas segala harta benda mereka dalam operasi tersebut.

Sudah sampai masanya segala jenayah ini dihentikan segera dan mendesak agar Myanmar mengiktiraf dan menerima etnik Rohingya sebagai sebagai penduduk sah Myanmar. Di samping itu, Al-I’tisam turut membantu etnik Rohingya yang kini masih bertahan di Rakhine State dan juga pelarian yang kini mendapatkan perlindungan di Bangladesh. Antara bantuan yang disalurkan termasuk bantuan kecemasan, air bersih, pendidikan untuk anak-anak Rohingya yang tercicir, dan juga bantuan projek “joran” melalui pembinaan sekolah vokasional untuk latihan dan kemahiran untuk meningkatkan ekonomi mereka.

OUR CURRENT PROJECT

Tube Well

$237,411.19 Raised
24% Donation Collected
Donate Now

OUR PAST PROJECT