Sedekah Ramadhan Rohingya 1441H

“Bantu Kami Untuk Berpuasa”

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Al-I’tisam Relief Program Association

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

Arakan, Myanmar

Etnik minoriti Rohingya di Myanmar boleh diibaratkan seperti rakyat Palestin di Gaza. Mereka tinggal di dalam kem-kem yang boleh dikatakan seperti penjara terbuka. Laluan keluar dan masuk ke kawasan kem dikawal ketat oleh tentera.

Dahulunya mereka memiliki tanah dan juga kampung halaman sendiri. Kini semuanya telah berubah apabila harta benda dan rumah mereka dirampas oleh pemerintah Myanmar. Mereka ditempatkan di kem-kem pelarian selepas dihalau keluar dari kampung halaman mereka sendiri.

Kehidupan mereka amat meruntun jiwa kerana mereka hanya mengharapkan belas ehsan masyarakat antarabangsa untuk meneruskan kehidupan.

Pakej Makanan

Siap Dimasak

RM10per pek

Bangladesh

Ketika kemuncak krisis bersenjata pada Ogos 2017 lebih 750,000 orang pelarian Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh. Keadaan ini bertambah meruncing kerana sebelum ini hampir 500,000 orang pelarian sudah pun mendapatkan perlindungan di Bangladesh.

Kehidupan para pelarian di Bangladesh ibarat “kais pagi makan petang”. Hampir setahun mengikat perut inilah waktunya mereka dapat menarik sedikit nafas lega menjelang Ramadhan. Itu pun jika ada insan yang bermurah hati sudi membantu mereka. Jika tidak kehidupan mereka pada bulan Ramadhan nanti akan berlalu seperti hari-hari biasa dan memungkinkan mereka tidak akan mampu berpuasa seperti umat Islam yang lain.

Pakej Makanan Kering

RM130per pakej
  • Beras
  • Minyak Sayuran
  • Garam
  • Bawang
  • Kentang
  • Gula
  • Kacang Keledek Hitam
  • Rempah Ratus
  • Bawang Putih
  • Kordial Oren/Mangga
  • Kurma

Bantu viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk berkongsi kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang dibawah:

Sadaqah Ramadhan Rohingya 2020

Menyediakan bantuan makanan kepada MANGSA PERANG, MANGSA PENINDASAN dan WARGA ASNAF di 9 NEGARA: ROHINGYA
  • RM 0.00
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Total Views: 138 ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *