Skills Training

Ibu negara Kemboja, Phnom Penh yang terletak di persimpangan Sungai Mekong dan Sungai Tonle Sap merupakan kawasan yang sedang giat membangun pesat. Majoriti di Bandar Phnom Penh ini didiami oleh masyarakat berbangsa Khmer,agama Buddha. Manakala kelompok minoriti adalah masyarakat muslim dikenali sebagai melayu Champa.

Kehidupan masyarakat di Kemboja berada ditahap memuaskan terutamanya yang tinggal di Bandar Phnom Penh kerana bandar ini sedang meningkat maju pembangunannya. Namun lain pula sebaliknya masyarakat muslim. Kehidupan yang tinggal di perkampungan pedalaman,di dalam sampan dan berteduh dipondok tidak berdinding. Tidak kurang juga keadaan rumah yang kian hari mereput dimakan anai-anai.

Kemiskinan tegar menyebabkan kaum muslim di Kemboja tidak henti meraih simpati meminta bantuan. Kesusahan dan penderitaan yang dialami tidak mampu diajukan kepada pemerintah.

Dasar kerajaan juga tidak menyebelahi kaum muslim hingga menyebabkan mereka hidup terasing dan dipinggirkan dari segala kemudahan. Terutamanya pendidikan dan peluang pekerjaan. Kekurangan ini telah menghalang pembangunan kaum muslim hingga terus hidup dalam serba kedhaifan .

OUR CURRENT PROJECT

OUR NEWS

There are no posts to display!