Tube Well Rohingya

RM 0
Current Donation Collected

Donations can be channeled to our account:

Al-I’tisam Relief Program Association

💳MAYBANK : 562478141589
💳CIMB : 8600633583
💳BIMB : 12038010114731

AIR BERSIH merupakan sumber dan keperluan asas yang penting dalam kehidupan manusia. Banyak aktiviti dalam kehidupan seharian memerlukan AIR SEBAGAI MEDIUM UTAMA seperti minuman, memasak, mencuci pakaian, tanaman dan sebagainya.

Tahukah anda?

Masyarakat pelarian Rohingya mengambil sumber air daripada kolam, lopak-lopak air, sungai dan tadahan air hujan. Kebanyakan daripada mereka tidak memiliki sumber bekalan air yang bersih. Sejak sekian lama mereka ditindas dan dinafikan segala hak untuk mendapatkan kemudahan insfrakstruktur yang lebih sempurna. Ramai dari kalangan anak-anak Rohingya dan warga emas menghadapi risiko jangkitan penyakit bawaan air yang tidak bersih dan selamat.

Ramai wanita Rohingya dilaporkan DIGANGGU SECARA SEKSUAL DAN DIROGOL ketika dalam perjalanan untuk mengambil air yang berjarak beberapa kilometre dari rumah mereka.  ADA YANG TIDAK BERNASIB BAIK BUKAN SAHAJA DIROGOL MALAHAN DIBUNUH DAN MAYAT DICAMPAKKAN KE DALAM SEMAK. Beginilah suasana yang berlaku ketika ini kepada masyarakat Rohingya demi meneruskan kelangsungan hidup selain ditindas dan dizalimi.

Sehingga kini Al-I’tisam sudah membina lebih 233 tube well/telaga tiub untuk membantu membekalkan keperluan air bersih untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dan juga Myanmar. Sebuah telaga tiub mampu membekalkan keperluan untuk 20 keluarga atau 100 orang pelarian Rohingya. Setiap telaga tiub akan dijaga oleh dua orang penjaga yang akan memastikan telaga sentiasa terjaga dan terpelihara daripada kerosakan atau kecurian.

Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (Shahih Abu Daud)

 

Al-I’tisam dengan ini ingin menjemput dan mempelawa para dermawan untuk sama-sama membantu kami dengan menyumbang untuk pembinaan telaga tiub untuk pelarian Rohingya. Sebuah telaga hanya berharga RM 750.00 termasuk kos pengurusan dan kos pengangkutan. Setiap penyertaan layak mendapat sijil penyertaan dan gambar telaga yang sudah siap dibina.

 

Para penyumbang yang berhajat boleh berkongsi sesama keluarga dan rakan-rakan yang berminat untuk menyumbang samada dalam bentuk infaq mahupun wakaf. Berita baik juga kepada mereka yang berhajat boleh berniat pahala sedekaf/wakaf tersebut untuk ibu/bapa yang sudah meninggal sebagai saham akhirat mereka. InsyaAllah.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

 

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Anda berminat?

Klik butang ‘DONATE’ atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

SPREAD THE NEWS

We are very grateful to you for sharing this donation campaign to social media below. It really helps expose the campaign we propose to the community out there. Click on any button below:

Total Views: 21 ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *