MENGAPA TUBE WELL?

dan semua makhluk bernyawa di muka bumi. 70 peratus daripada badan kita ialah air. Tahukah anda masyarakat Rohingya di Myanmar dan pelarian Rohingya di Bangladesh mendapatkan bekalan air bersih melalui lopak air, tasik, kolam takungan air dan berkongsi telaga yang terletak jauh dari kediaman masing-masing?.

Keadaan ini amat menyukarkan bagi mereka terutama kaum wanita yang terpaksa berulang alik untuk mendapatkan bekalan air. Ramai daripada mereka diganggu semasa dalam perjalanan, diculik, dirogol dan dibunuh. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana kes-kes gangguan terhadap wanita Rohingya tidak dilaporkan kerana mereka takut atau bimbang akibat diugut atau diancam jika membuat laporan atau aduan kepada pihak berkuasa.

dan mengambil tindakan segera bagi melindungi warga Rohingya yang tertindas. Sehingga kini Al-I’tisam telah membina 260 unit telaga tiub di sekitar kem-kem pelarian Rohingya di Bangladesh. Setiap unit telaga tiub mampu memberi manafaat kepada 20 keluarga di sekitarnya. Manakala di Myanmar Al-I’tisam telah membina sebanyak 270 unit telaga tiub. Al-I’tisam masih lagi memerlukan sumbangan untuk membina lebih banyak telaga tiub sebagai alternatif kepada golongan sasaran untuk mendapatkan keperluan air bersih.

Telaga tiub merupakan kaedah yang paling murah dan pantas untuk mendapatkan bekalan air bersih. Sebuah telaga tiub mampu disiapkan dalam masa 4-5 hari bergantung kepada bentuk muka. Jika kawasan berbatu mungkin akan mengambil sedikit masa kerana kerja-kerja penggalian telaga tiub menggunakan 100% tenaga manusia pada kedalaman 15 meter. Setiap telaga tiub akan dijaga oleh dua orang penjaga yang akan memastikan telaga sentiasa terjaga dan terpelihara daripada kerosakan atau kecurian.

Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (Shahih Abu Daud)

Harga untuk satu unit telaga tiub berjumlah RM 1100 termasuk kos pengurusan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi pihak kami di talian 016-205 1880.

OUR CURRENT PROJECT

Tube Well

$237,411.19 Raised
24% Donation Collected
Donate Now