WAKAF TELAGA KONKRIT, KEMBOJA

Donations can be channeled to our account:

Al-I’tisam Relief Program Association

💳Malayan Banking Berhad
    MAYBANK : 562478141589
    (SWIFT CODE: MBBEMYKL)
💳CIMB Islamic Bank Berhad
    CIMB : 8600633583
    (SWIFT CODE: CTBBMYKL)
💳Bank Islam Malaysia Berhad
    BIMB : 12038010114731
    (SWIFT CODE: BIMBMYKL)

AIR BERSIH merupakan sumber dan keperluan asas yang penting dalam kehidupan manusia. Banyak aktiviti dalam kehidupan seharian memerlukan AIR SEBAGAI MEDIUM UTAMA seperti minuman, memasak, mencuci pakaian, tanaman dan sebagainya.

Tahukah anda?

Sumber untuk mendapatkan bekalan air bersih di Kemboja masih lagi menjadi isu yang amat kritikal dari dahulu hingga kini (2020) terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman. Penduduk masih menggunakan sumber air yang tidak bersih bagi menjalankan aktiviti seharian mereka seperti minum, memasak, mandi dan membasuh pakaian. Sumber air yang digunakan ini datangnya dari sungai berdekatan dan kolam takungan. Sumber air bersih hanya didapati dari air hujan yang ditadah.

Keadaan Kampung muslim Kemboja

Jelas bahawa sumber air yang digunakan ini tidak bersih. Namun hidup tiada pilihan kerana pihak kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan air secara percuma dan berbayar. Kekangan faktor kewangan menghadkan penduduk mempunyai sumber air bersih dan telaga sendiri kerana kebanyakkan mereka tiada pekerjaan tetap dan bekerja sebagai petani dan nelayan secara kecil-kecilan.

Penempatan Muslim Kemboja Di Persisiran Sungai Mekong Dan Perkampungan 

MASALAH SUMBER AIR TIDAK BERSIH

Penggunaan sumber air yang tidak bersih mendatangkan pelbagai penyakit dan kesan yang lebih buruk terutamanya kepada;

  1. Kanak-Kanak
  2. Bayi
  3. Warga Tua
  4. Mereka Yang Mempunyai Keadaan Kronik


Terdapat banyak jenis penyakit bawaan air antaranya seperti kolera dan lain-lain. Kebanyakan pencemaran ini adalah disebabkan air yang bersentuhan dengan haiwan dan najis manusia. Satu gram najis mengandungi hampir 100 bilion mikro.

PEMBINAAN WAKAF TELAGA KONKRIT AL-I’TISAM

Wakaf telaga air konkrit Al-I’tisam bermula pada tahun 2012 di Kampung Ampil,Wilayah Cham. kampung-kampung di kawasan pedalaman merupakan perkampungan tradisi yang masih hidup dalam seakan tahun70-80an.

Para penyumbang yang berhajat boleh berkongsi sesama keluarga dan rakan-rakan yang berminat untuk menyumbang samada dalam bentuk infaq mahupun wakaf. Berita baik juga kepada mereka yang berhajat boleh berniat pahala sedekaf/wakaf tersebut untuk ibu/bapa yang sudah meninggal sebagai saham akhirat mereka. InsyaAllah. 

Kehidupan Penduduk kampung di waktu pagi dengan berniaga gerai di pangkin rumah secara kecil-kecilan

Wakil Penduduk Kampung Bersama Wakaf Telaga Konkrit 

KEPENTINGAN TELAGA KONKRIT

Pembinaan telaga konkrit merupakan permintaan dari penduduk Kampung kerana ianya mudah digunakan dan diuruskan. Tidak mudah rosak berbanding penggunaan telaga pam yang memerlukan kos untuk memperbaiki kerosakan.

Wakaf Telaga Untuk Kegunaan Penduduk Di Tempatkan Di Hadapan Rumah Atau Kawasan Lapang

Namun jika terdapat mana-mana keluarga yang sedikit berkemampuan, telaga ini boleh di pam dengan menggunakan tenaga elektrik yang disaluran terus ke dalam rumah masing-masing. Bil bulanan akan di kenakan caj mengikut penggunaan. Walaupun terdapat cara menggunakan tenaga elektrik namun mereka masih tidak mampu.

Gelung telaga yang dijual oleh peniaga dan merupakan bahan penting dalam pembuatan telaga air

KE DALAMAN TELAGA KONKRIT

Ke dalam telaga konkrit mengikut kawasan. Jika jenis tanah yang kering dan berbatu ke dalaman hampir 10-15meter untuk menemukan punca mata air. Jika kawasan tanah yang tidak berbatu mata air akan ada kira-kira 6-7 meter.

Bentuk Dari Dalam Telaga Konkrit

PENGGUNAAN WAKAF TELAGA DALAM AKTIVITI SEHARIAN PENDUDUK KAMPUNG

Sukarelawan Al-I’tisam menerangkan sesuatu kepada Anak-Anak Kemboja

Lokasi Telaga Yang Ditetapkan Di Kawasan Rumah Penerima

Sukarelawan Al-I’tisam,Malaysia ke Kemboja Untuk Membuat Penilaian Tahap Kualiti Air Telaga

PERLETAKAN LOKASI TELAGA KONKRIT

Pihak pengurusan Al-I’tisam di Malaysia dan Sukarelawan di Kemboja amat menitikberatkan kedudukan setiap telaga yang disumbangkan. Perkara yang perlu diambil kira dalam menempatkan sesebuah telaga.

  1. Jauh dari kawasan tandas
  2. Jauh dari kawasan ternakan haiwan
  3. Jauh dari segala saluran pembuangan saliran najis


    Perkara ini amat penting dan diambila kira bagi menghasilkan sumber air yang bersih dan mengelakkan dari sebarang penyakit. 

KESIMPULAN

Sukarelawan Bersama Orang Kampung Dalam Misi Ke Kemboja & Serahan Telaga Wakaf

Anda berminat?

Pembinaan Wakaf Telaga Konkrit Air Bersih di Kemboja tidak pernah ada tarikh luputnya. Sumber air bersih merupakan keperluan penting bagi menjamin kehidupan yang sihat. Setiap perkampungan di kawasan pedalaman masih terdapat ramai lagi yang memerlukan telaga ini. Oleh itu, diharapkan akan aa lebih ramai yang sudi menyumbangkan telaga kepada Al-I’tisam untuk diagihkan kepada penduduk Kampung di Kemboja.

PENYERTAAN WAKAF TELAGA KONKRIT 1441H/2020

Tahun 1441H/2020 Al-I’tisam kembali menghidupkan bantuan ini atas permintaan di beberapa kawasan di daerah Thom, Kemboja. Masih terdapat keluarga yang tidak mempunyai sumber air bersih dan mengharapkan air hujan untuk dibuat minuman dan masakan. Jika tiada hujan maka sumber air yang ada seperti kolam takungan akan digunakan untuk aktiviti seharian.

Pakej Sumbangan Wakaf Telaga Konkrit

1 bahagian telaga : RM170
Kuantiti 1 telaga : 10 orang
Jumlah Keseluruhan Harga Telaga : RM1700

MAKLUMAT PEMBINAAN WAKAF TELAGA

  • Proses pembinaan wakaf telaga akan dihentikan ketika musim hujan kerana air terlalu banyak bertakung.
  • Proses akan tertangguh jika berlaku gangguan teknikal dan akan dimaklumkan kepada peserta.
  • Setiap telaga akan diletakkan nombor serta papan nama.
  • Proses pembuatan dilakukan secara berperingkat mengikut senarai nama.
  • Tempoh siap sebuah telaga kira-kira 3 hari atau bergantung kepada keadaan cuaca dan tanah.
  • Proses membuat telaga dilakukan secara manual (Tenaga Manusia).
  • Dianggarkan hanya 5 unit pembinaan untuk setiap satu bulan.

 

Syarat Penyertaan: 

Sayarat penerimaan sah penyertaan:

  1. Mengisi Borang Penyertaan (Maklumat Lengkap).
  2. Penyertaan berlainan alamat perlu mengisi borang yang berbeza.
  3. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan transaksi pembayaran.
  4. Jika tidak melalui tempahan melalui website anda boleh terus hubungi atau whatsApp pihak pengurusan Al-I’tisam untuk memaklumkan penyertaan anda.

Klik butang ‘DONATE’ atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Access Now!
OFFER ENDING SOON
Save 50%
Personal Trainer
FREE Nutrition
Custom Workout App
Get Access Now!
Get Access Now! & Save 50%
Personal Trainer FREE Nutrition Custom Workout App
Get Access Now!