WANG TIDAK PATUH SYARIAH

RM 500
Kutipan Setakat Ini

“Sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan HUKUM SYARAK”

Wang Tidak Patuh Syariah

Apakah Wang Haram?Kita fahami bersama.

Posted by Lembaga Zakat Selangor on Jumaat, 23 Mac 2018

Klasifikasi Wang Tidak Patuh Syariah

  • Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah)
  • Perjudian dan pertaruhan
  • Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal
  • Insurans konvensional
  • Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah
  • Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
  • Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah.
  • Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan syariah.

Cara Pelupusan Wang Tidak Patuh Syariah

  • Wang tidak patuh syariah atau non syariah compliant boleh dilupuskan atau didermakan bagi maslahat awam. Wang ini boleh digunakan untuk pembinaan atau penyelenggaraan jalan raya, jambatan, tandas dan kemudahan awam yang lain.
  • Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik maslahah umum seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan seperti membantu anak-anak yatim, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya yang bersifat kebajikan.
  • Imam al-Nawawi juga ada memetik dari kalam Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

    Maksudnya: Sekiranya bersama seseorang itu suatu harta haram dan dia ingin bertaubat dan melepaskan diri daripada harta haram itu, maka jika harta itu mempunyai pemilik yang tertentu, hendaklah dipulangkan kepadanya atau kepada wakilnya. Jika dia sudah mati, wajib diserahkan kepada warisnya. Jika tidak diketahui siapa warisnya dan sudah berputus asa daripada mengetahuinya, maka wajib orang tadi menggunakan harta itu bagi keperluan umat Islam yang umum, seperti untuk (keperluan) jambatan, ribat-ribat (kandang kuda, tempat pengajian, atau tempat golongan Sufi berkumpul), masjid-masjid, dan keperluan jalan raya Makkah, dan seumpamanya daripada segi boleh dikongsi bersama orang Islam. Dan jika tidak begitu, boleh untuk disedekahkan kepada seorang faqir miskin atau ramai. ” (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9:351)

  • Mufti Wilayah Persekutuan telah meletakkan hukum bagi penggunaan sumber hasil kewangan tidak patuh syariah termasuk lesen judi dan arak untuk disalurkan kepada badan kebajikan Islam bagi tujuan kebajikan (amal jariah) adalah diharuskan dan dibolehkan berdasarkan kepada pendapat jumhur ulama’. Manakala, syarat dan nasihat yang ingin kami titipkan kepada pegawai muslim yang bertanggungjawab menguruskan berkaitan hal ini adalah seperti berikut:
    • Diharuskan untuk menggunakan hasil dari sumber kewangan tidak patuh syariah bagi tujuan untuk disedekah kepada orang-orang miskin dalam kalangan umat Islam dan juga bagi tujuan kemashlahatan umat Islam seperti membina kemudahan-kemudahan awam dan seumpamanya.
    • Pandangan ini bukanlah bertujuan untuk mengiktiraf dan menyuburkan lagi amalan-amalan kemaksiatan seperti judi dan arak tersebut untuk terus berleluasa dengan alasan bahawa hasilnya nanti akan disedekahkan kepada amal kebajikan. Bahkan, usaha untuk membasminya harus dijalankan dengan efektif dan bersungguh-sungguh. Selain itu, ia haruslah diikat dengan usaha-usaha dakwah dan menyeru kepada taubat bagi mereka yang terlibat untuk mengurangkan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat sedemikian.
    • Hendaklah dipastikan bahawa hasil tersebut sampai kepada kumpulan sasaran yang sebenarnya dan diyakini bahawa ia tidak hanya berlegar pada golongan-golongan tertentu yang berpotensi untuk memonopoli dan memanipulasikan hasil tersebut untuk kepentingan peribadi.

 

Maklumat lanjut mengenai hal Wang tidak patuh syariah:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4316-irsyad-al-fatwa-siri-ke-452-hukum-menguruskan-sumber-hasil-kewangan-tidak-patuh-syariah-untuk-aktiviti-kebajikan

BANTU VIRALKAN

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Pertubuhan Program Ceria Al-I’tisam

💳MAYBANK : 562478147645

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *